Sunday, October 31, 2004

.. Tazakka ..



Do'a

ALlah kuatkan imanku
Dalam kehidupan ini
Penuh tentangan dan jua rintangan
Mudahkanlah tempuhi jalanku
Sesekali terjebak dalam naungan dosa
Terasa hilang jiwaku

ALlah ku tahu cintaMu
Kau berikan nikmat melimpah
Setiap saat tiada terputus
Namun ku jarang mensyukuri
Ku sedari semua nafsu telah menipu
Hingga ku lupakan cinta-Mu

Ya ALlah dunia menipuku
Indahnya palingkan mata
Terjebak aku dalam pesonanya
Hilanglah syukurku pada-Mu

Ya ALlah Tuhanku ampunkan dosaku
Agar lurus jalanku ini

ALlah betapa indahnya
Bila hidup dalam petunjuk-Mu
Ya ALlah Tuhanku ampunkan dosaku
Agar lurus jalanku ini

ALlah betapa indahnya
Bila hidup dalam petunjuk-Mu
Namun ku sedari betapa beratnya
Untuk mendapatkan semua itu
Ku tiada berdaya tanpa pertolongan-Mu

Wahai Tuhanku Yang Kuasa

Ya ALlahu Ya Rahman
Pintaku hanya kepada-Mu
Kembalikan jiwa ghirahku
Menuju jalan-Mu yang satu
Tiada daya kuatnya jiwa
Tanpa Redha-Mu Ya ALlah
Redha-Mu Ya ALlah

ALlah kutahu maksud-Mu
Kau ciptakan semua ini
Untuk beribadah dan taat pada-Mu
namun ku sering melalaikan

Ya ALlah tuhanku
Ampunkan dosaku
Agar hidupku selamat

ALlahu ALlah Yaa ALlahu Ya ALlah
ALlahu Yaa Raheem
ALlahu Ya Raheem
ALlahu Yaa Rahmaan
ALlahu Ya Raheem



Click here to Play the mp3






**Hadith Bukhari**

Narrated Ibn 'Abbas:
The Prophet said, "There are two blessings which many people lose:
(They are) Health and free time for doing good."

Badar (akhir)






Pengaruh Perang Badar.

Setelah kaum Muslimin memperolehi kemenangan di Badar, Rasulullah dan pasukannya kembali semula ke Madinah. Semua yang memusuhi baginda mula (1) merasa gentar dan takut untuk memusuhi kaum Muslimin. Dengan sebab ini juga (2)jumlah orang yang memeluk Islam semakin bertambah.

Sebelum Rasulullah saw tiba di Madinah, baginda (a) mengutus 2 orang utusan untuk menyampaikan khabar gembira mengenai peperangan ini. Salah seorang dari utusan itu ialah Abdullah bin Rawahah. Abdullah berseru kepada orang-orang Madinah:
Ertinya: "Hai kaum Anshar, bergembiralah kalian dengan kemenangan Nabi Muhammad saw. Dan terbunuh, dan tertawannya kaum Musyrikin"

Kemudian Abdullah (b)menyebutkan nama beberapa pemuka Quraisy yang terbunuh di Badar. Berita tersebut dikhabar kesetiap rumah orang Anshar. Berita itu disambut dengan nyanyian pantun oleh anak-anak kecil bagi menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran. Sebahagian dari mereka masih ada yang ragu-ragu dan sebilangan mereka pula yakin dengan berita yang disampaikan oleh Abdullah itu. Sehinggalah tibanya kedatangan Nabi saw dengan sejumlah tawanan yang diawasi oleh Syarqam. Baginda disambut dengan gembira oleh kaum Muslimin apabila baginda dan pasukannya tiba disuatu tempat yang bernama Rauha’.

Semua hati orang yang memusuhi kaum Muslimin diselubungi oleh perasaan takut. Abu Sufian sendiri bernazar tidak akan mencuci kepalanya dengan air sebelum dapat memerangi Rasulullah dan kaum Muslimin. Perasaan kaum Muslimin yang bersembunyi di Mekah dipenuhi dengan kegembiraan serta bertambah teguhnya iman dan keyakinan mereka terhadap Islam.

Sikap Kaum Muslimin Terhadap Musuh.

Nabi saw berwasiat kepada para sahabatnya agar (c)tetap berlaku baik terhadap tawanan seperti yang tercantum dalam sabda baginda:
"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu berbuat baik terhadap mereka".

Sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Aziz bin Umair tentang sikap kaum Muslimin terhadap tawanan adalah seperti berikut:


"Aku ditawan di tengah keluarga Anshar, sekembalinya dari Badar. Jika tiba waktu makan siang ataupun makan malam mereka selalu memberikan aku sepotong roti sedangkan mereka sendiri terpaksa makan kurma, kerana mereka dipesan oleh Nabi untuk berlaku baik terhadap tawanan. Setiap kali mereka memperolehi sepotong roti, mereka akan memberikannya kepadaku, sehingga aku malu atas perlakuan baik yang mereka lakukan. Maka aku kembalikan roti itu kepada mereka. Namun roti itu tetap diberikan kembali kepadaku."


Seluruh tawanan perang dalam pandangan Islam harus diperlakukan sama tiada beza diantara keluarga terdekat atau orang lain.

Nabi (d)memaafkan semua tawanan perang Badar. Mereka diminta untuk (e)membayar tebusan untuk diri mereka bagi mampu. Harga tebusan itu ditentukan menurut keadaan ekonomi mereka. Seseorang yang tidak mampu membayar tebusan mereka dimaafkan oleh Nabi, dan dibebaskan begitu sahaja. Dengan adanya ketetapan ini, maka kaum Quraisy mulai mengirim wang tebusan mereka kepada kaum Muslimin agar para tawanan itu segera dibebaskan.

Sebahagian para tawanan yang tidak mampu membayar tebusan, Nabi memerintahkan mereka untuk (f)mengajar sepuluh orang anak kaum Muslimin membaca dan menulis. Setiap orang diminta untuk mengajar 10 orang anak kaum Muslimin. Zaid bin Thabit termasuk salah seorang yang belajar dengan cara ini. Kebijaksanaan semacam ini sudah tentu adalah satu usaha memajukan bidang pendidikan dan memberikan semangat kepada orang untuk belajar membaca dan menulis.


-----------------------------------------------
well.. pernah jumpa orang baik macam ni?? Itu lah dia.. prophet Muhammad SallaLlahu-alaihi-wassallam.. junjungan kita.. rujukan kita..

"Laqad kaana lakum fi rasuliLlahi uswatun hasanatul-liman kaana yarju-Llaha wal-yaumal akheer, wazakaraLlahu katheera.." (Al Ahzab:21)


Sesungguhnya telah ada pada (diri) RasuluLlah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) ALlah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingati ALlah.

Semoga kita semua sentiasa ingatkan diri kita agar mencontohi manusia yang paling sempurna.. iaitu junjungan kita Muhammad SallaLlahu 'Alaihi Wasallam.. ameen..

Saturday, October 30, 2004

Apa Bezanya Kita?


Apa bezanya kita?
------------------------------------



Walaupun kita dah banyak kali baca text ni.. cuba baca sekali lagi kesimpulan kat bawah tu.. ada LAIN sket..
------------------------------------

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi berkelah di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada taukey balak, ada taukey minyak sawit, ada taukey getah, ada taukey emas dan macam-macam lagi.

Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu semuanya elok belaka. Pasti ada juga yang busuk. Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini bermula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya bagi menempelak abang-abang mereka yang kaya raya yang sudah lupa diri itu.

Suatu hari selepas keluarga ini berkelah, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini dilakukan di depan khemah abang-abang yang kaya itu. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka mengacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di depan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi di halang oleh abang atas alasan, marilah bawa berbincang dhaulu. Jangan terburu-buru, bahaya.

Akhirnya, di saat adik perempuan mereka di ratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah "Cara-cara menelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan". Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang haram itu dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ignin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata : "Inilah orang muda suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambil jalan yang lebih berdiplomasi". Akhirnya si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram itu. "Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan perogolan itu dulu. Kita buat gencatan nafsu."

Mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan mereka itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain. Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi di halang oleh abang yang lain.

"Hoi monyet! senyaplah..pengkhianat!". Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adi-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.



Keadaan semakin genting. Adik beradik yang diketepikan itu mengadakan satu mesyuarat lain, kononnya tergempar. Kali ini mereka agak sepakat. "Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami. Selamatkan adik kami yang kelemasan".

Tetapi mereka hanya memasang sepanduk di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perepuan mereka semakin terus dicabul. Adik beradik tadi hanya terus menonton drama itu dari dekat selepas bermesyuarat tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah sudah hampir mati. Hanya menuggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu diangkatlah lagi sepanduk "Selamatkan adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya degan harapan ada orang lain yang membantu.



Bila melihat sepanduk itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan sepanduk yang baru. Yang lebih cantik dan mahal Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan..adik beradik lain pula terus bermesyuarat dan bermesyuarat untuk menghasilkan sepanduk dengan kata-kata yang lebih menarik...

Itulah satu kisah keluarga besar di satu tempat yang di rahsiakan tempatnya

Catatan:
* Adik perempuan itu bernama PALESTINE
* Adik lelaki itu bernama IRAQ
* Abang-abang itu NEGARA ARAB yang kaya raya
* Adik-adik yang senyap itu NEGARA ISLAM yang membangun dan mundur
* Adik-adik yang berdarah muda itu GERAKAN-GERAKAN ISLAM
* Mesyuarat itu adalah MESYUARAT OIC
* Bapa yang mati adalah KHALIFAH

------------------------------------

okay.. walaupun artikel ni dah lama.. dan perlu diupdate pada sisi-sisi yang tertentu..

tapi, persoalannya..

1. "apa beza kita (Muslim di Pan Asia - Filipina, Malaysia, Indonesia, Tim-Tim?) dengan situasi di atas???"

2. "apa yang boleh kita lakukan dalam semua situasi2 yang melibatkan umat Islam?? anyone? Demo? *well, okay.. ada lah jugak kesan EDmo kat KL semalam.. *




------------------------------------
Gabungan NGO-PKN-PAS di hadapan Thai Embassy
------------------------------------



lagi?? Demo wont solve anything.. serious.. Dulu masa peristiwa berdarah pada Jan 2004.. kita ada buat Demo tak? cant remember.. tapi kalau kita ada buat pun.. sama juga kan? No solution..

Sebenarnya, dah berapa banyak demo yang telah dibuat.. untuk setiap satu peristiwa di dunia ini.. Iraq?? Palestine?? U tell me.. tapi satu pun tak berhasil.. ke saya yang tak nampak?

*thinking..*
------------------------------------
MARI KITA TENGOK SLOGAN.. *anyone can add their link/source, appreciate it*
------------------------------------



------------------------------------
Stop The Genocide of Muslim by Thailand
------------------------------------





------------------------------------
Thaksin = Bush ??
------------------------------------



Friday, October 29, 2004

KEBANGKITAN RUH : IMAN, KEMULIAAN DAN HARAPAN [2]

KEBANGKITAN RUH : IMAN, KEMULIAAN DAN HARAPAN [2]
Tiga Kunci .....

Sesungguhnya, Rasulullah telah menanamkan tiga hal pada diri sahabat untuk membangkitkan motivasi mereka, yakni :

>> Pertama <<
Rasulullah menanamkan dalam hati mereka bahwa risalah yang dibawanya adalah al-haq, sedangkan selain itu adalah al-bathil. Risalah beliau adalah sebaik-baik risalah, manhaj beliau adalah manhaj yang utama, dan syariat yang beliau bawa adalah sistem perundang-undangan yang paling sempurna, yang dengannya akan terwujud kebahagiaan manusia dunia-akhirat. Disamping itu beliau juga membacakan sebagian ayat-ayat Allah kepada mereka, utnuk menambah keteguhan jiwa dan keterikatan hati mereka.

Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar adalah suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggungan jawab. (Az-Zukhruf : 43-44)

Maka bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya kamu berada di atas kebenaran yang nyata. (An-Naml : 79)

Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. (Al-Jatsiyah : 18)

Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. (An-Nisa' : 65)

Meraka (para sahabat) pun akhirnya beriman dan yakin dengan ayat-ayat ini serta berusaha untuk senantiasa bertolak dari sana dalam segala urusan.

>> Kedua <<
Rasulullah menanamkan dalam hati para sahabat bahwa selama mereka berada dalam kebenaran dan menjadi pembelanya, maka mereka berasa di atas jalan yang terang. Selain dari yang demikian berarti kegelapan. Selama di tangan mereka tergenggam petunjuk dari langit untuk membimbing manusia, maka konsekuensinya mereka harus menjadi pemandu dan pengarah umat manusia. Mereka harus menjadi pembimbing, pendidik, penunjuk jalan dan penuntun manusia ke arah kebenaran di atas jalan yang lurus.
Al Qur'an Al Karim menegaskan sekaligus menjelaskan kadungan makna ini. Pada sahabat pun mendengan dan menerima penjelsannya secara langsung dari Rasulullah SAW. Allah berfirman :

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. (Ali Imran : 110)

Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Al-Baqarah : 143)

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Al-Hajj : 78)

Mereka pun beriman dan yakin dengan semua yang tercantum dalam ajaran Al Qur'an dan berlomba-lomba untuk mengamalkannya.

>> Ketiga <<
Rasulullah menanamkan dalam hati pada sahabat bahwa selama mereka yakin dengan kebenaran dan merasa bangga berpegang padanya, maka selama itu pula Allah beserta mereka dan akan menolong mereka. Allah pasti akan memberi petunjuk, mendukung, dan memenangkan mereka disaat tak satu pun manusia mau menolong, membantu dan berjuang bersama mereka. Dia akan senantiasa bersama dimana pun mereka berada. Di saat para tentara bumi tidak ada yang mau bangkit bersama mereka, Allah akan menurunkan bantuan dari tentara langit untuk mereka. Para sahabat kemudian menelaah makna-makna ini, sebagaimana yang terpaparkan secara jelas dalam kitab Allah,

Sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-A'raf : 128)

Bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang saleh. (Al-Anbiya : 105)

Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa, (Al-Hajj : 40)

Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang" Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Al-Mujadilah : 21)

(Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkan (pendirian) orang-orang yang telah beriman" (Al-Anfal : 12)

Dan Kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman. (Ar-Ruum : 47)

Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Al Qashash : 5)

Dengan berbekal tiga keyakinan tersebut, maka Rasulullah telah berhasil menghidupkan -dengan izin Allah- iman dalam hati dan jiwa kaum muslimin. Beliau kemudian menentukan sasaran-sasaran yang harus mereka capai dalam hidup ini. Para sahabat maju ke medan perjuangan untuk mengemban risalah ini, dengan menghafalnya kuat-kuat di dalam dada, serta mengaplikasiknnya dalam akhlak keseharian dan seluruh aktivitas mereka. Mereka hanya mengharap balasan dari Allah, serta yakin akan pertolongan dan dukungan-Nya. Mereka pada akhirnya bisa menundukkan dunia dan memancangkan di atasnya pilar-pilar kehidupan yang utama. Mereka berhasil menegakkan peradaban besar yang diwarnai oleh akhlak karimah dan kasih sayang terhadap sesama. Segala akibat buruk dalam kehidupan jahiliyah mereka kikis habis dan diganti dengan kebaikan abadi yang bersumber dari Al Qur'an Al Karim. Allah tidaklah menghendaki, kecuali menyempurnakan cahaya-Nya.

Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. (At-Taubah : 32)

Kepada ketiga keyakinan inilah kami mengajak manusia sebelum segala sesuatu yang lain.

Wahai sekalian manusia !

Demikian lah, sebelum kami berbicara kepada anda tentang shalat dan puasa, tentang peradilan dan hukum, tentang tradisi dan ibadah, serta aturan-aturan muamalah, terlebih dahulu kami akan berbicara tentang hati yang hidup, ruh yang hudup, jiwa yang tanggap, nurani yang terjaga, dan iman yang dalam. Semua itu bisa terwujud dengan ketiga rukun ini :
1. Iman kepada keagungan risalah Islam
2. Bangga dalam memeluk agama Islam, dan
3. Yakin akan datangnya dukungan dan pertolongan Allah

Apakah kalian sudah beriman . . . . ?

Sumber : Risalah Pergerakan - Dakwah Kami di Zaman Baru

KEBANGKITAN RUH : IMAN, KEMULIAAN DAN HARAPAN [1]

KEBANGKITAN RUH : IMAN, KEMULIAAN DAN HARAPAN [1]
Sesungguhnya, dibalik fenomena-fenomena yang tampak pada setiap aktivitas dakwah, di dalamnya terdapat dinamika dan kekuatan batin yang menggerakkan, mengontrol dan memberinya kekuatan luar biasa sehingga misi dakwah berjalan lancar dan mampu mewujudkan cita-citanya. Mustahil umat ini akan bangkit tanpa adanya motivasi dalam jiwa mereka.

Sesungguhnya Allah tidak akan merubah suatu kaum, kecuali mereka mau mengubah diri mereka sendiri. (Ar-Ra 'd : 11)

Oleh karena itu, hal terpenting yang harus mendapat perhatian pertama dalam sebuah kerja dakwah, yang nantinya akan menentukan kemunculan, pertumbuhan, dan penyebarannya dimuka bumi, adalah kebangkitan spiritual ini, sehingga yang pertama kali dicanangkan dalam dakwah ini adalah kebangkitan ruh, hati yang hidup, dan ketajaman intuisi. Oleh karena itu, dakwah ini lebih menekankan pada pemberian motivasi dan pembinaan ruhani di atas operasional yang beraneka ragam bentuknya.

Kami menginginkan terbangunnya jiwa-jiwa yang hidup, kuat dan tangguh. Hati-hati yang segar dan memiliki semangat yang berkobar, jiwa-jiwa optimis yang merindukan terwujudnya nilai-nilai dan tujuan yang lurus, serta mau bekerja keras dalam upaya menuju ke sana. Umat Islam harus berupaya menyatukan jiwa mereka dengan nilai-nilai tersebut, sehingga terbangunlah sebuah akidah yang mentap. Tanpa pemusatan perhatian dan pembatasan sasaran, nasib kebangkitan umat hanya akan seperti lilin kecil ditengah gulita sahara. Nyalanya akan terasas redup, lemah, dan tidak bertenaga. Yang menjadi pertanyaan kemudian, seperti apa pembatasan sasaran itu, dan bagaimana kesudahannya ?

Sesungguhnya, kami berusaha agar dakwah ini senantiasa meniti langkah di atas manhaj dakwah generasi pertama, agar dakwah kontemporer ini menjadi gema dan perpanjangan tangan dari dakwah pertama yang dibawakan oleh Rasulullah SAW sejak seribu empat ratus tahun yang lalu di kota Makkah. Alangkah baiknya jika kita kembali menghayati semangat dakwah yang ada pada masa itu, yang disinari oleh cahaya kenabian dan keagungan wahyu ilahi.

Petunjuk dan cahaya Rabani macam apakah yang sebenarnya diberikan oleh rasul kepada para sahabat, sehingga memunculkan cahaya yang bersinar terang setelah gelap nan gulita? Air kehidupan macam apa pula yang disiramkan oleh beliau ke dalam hati-hati mereka, sehingga mereka bisa selalu bergerak, berkembang, menumbuhkan bunga-bunga, melapisinya dengan dedaunan nurani dan perasaan, serta tumbuh didalamnya kreasi dan kemauan?

(to be continued)

Thursday, October 28, 2004

Jiran.. dan haknya? (updated version)

Mutiara Hadith

Hadis Abu Syuraih Al-Khuza'iy r.a: Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam

*******************************************






PATANI

(both: pät´tänē´) or Patani , city (1990 pop. 41,605), capital of Pattani prov., S Thailand, on the east coast of the Malay Peninsula, near the mouth of the Gulf of Thailand. It is a port and the center of a region producing most of the spices grown in Thailand, as well as rubber and coconuts. Tin is mined and smelted, salt is extracted, and nests for bird's-nest soup are harvested. The people are for the most part Malay Muslims. Pattani was a seat of the Sailendra power during the Sailendra domination of the Malay Peninsula and later was the center of a Malay state, which was drawn into the Thai orbit. With Ayutthaya , it was one of the first places in Siam opened to the Portuguese in the 16th cent. At first bound only by tenuous links of suzerainty to the courts of Ayutthaya and Bangkok, against which it was several times in revolt, Pattani was reduced to provincial status in the 19th cent.

**************************







Mereka yang syaheed insha ALlah..

A pickup truck filled with two dead Muslim demonstrators heads out of a military camp in Pattani province a provincial capital 1,100 km (700 miles) south of Bangkok, 27 October 2004. More than 1,200 men arrested after Monday's protest outside a police station in the neighbouring province of Narathiwat are still being held at the base, along with the bodies of the 78 who died of suffocation in overcrowded army trucks.Thai Prime Minister Thaksin Shinawatra said on Wednesday mistakes were made leading to the deaths in army custody of 78 Muslims as distraught relatives recovered bodies at a military base in the far south.

27 Oct 2004 REUTERS/Sukree Sukplang




Sampai bila kita akan jadi begini?







Di mana-mana pun.. Islam kembali sebagai bangsa tertindas.. Adakah ukhuwah kini dibataskan oleh lingkungan geografi? Di mana hati? Di mana iman? Di mana umat Islam? Di mana kita berpijak? Di mana kita berjuang? Di mana Islamnya kita? *thinking madly..*






Relatives bury a Muslim demonstrator at a cemetery in Narathiwat province, October 27, 2004. The U.S. asked close ally Thailand to investigate fully the deaths of 78 Muslim protesters in military custody after Thai Prime Minister Thaksin Shinawatra defiantly defended the actions of his troops. Despite an expression of regret to parliament, Thaksin rebuffed criticism of his attitude to human rights. Photo by Sukree Sukplang/Reuters





Penahanan 6 guru agama punca pertempuran

TAK BAI 26 Okt. - Penahanan enam guru agama dari Kampung Hen, di sini
menjadi punca utama yang mencetuskan pertempuran berdarah antara tentera Thailand dan penduduk Islam yang mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut pembebasan mereka di depan Balai Polis Tak Bai, semalam.

Menurut guru sebuah pondok pengajian agama di sini, Muhammad Hussein,
keenam-enam guru berkenaan ditahan oleh polis Thailand sejak seminggu
lalu.

"Keenam-enam mereka yang aktif dalam kegiatan agama ditahan oleh
polis selepas membuat aduan bahawa senjata api yang dimiliki oleh mereka ketika menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan kampung telah dirampas oleh sekumpulan lelaki yang bersenjatakan M-16," katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Bharu di sini, hari ini.

Dalam pertempuran semalam, pihak berkuasa Thailand melaporkan enam
orang terbunuh, tetapi penduduk-penduduk Tak Bai yang menyaksikan peristiwa itu mendakwa jumlah yang terkorban jauh lebih ramai.

Muhammad berkata, pihak berkuasa Thailand menahan mereka sambil
berjanji kepada keluarga guru-guru itu bahawa mereka boleh diikat jamin apabila siasatan selesai.

"Bagaimanapun apabila keluarga datang ke Balai Polis Tak Bai untuk
menjamin mereka, pihak polis enggan membenarkannya dan mendakwa kes itu masih dalam siasatan," katanya.

Kata beliau, apa yang membangkitkan lagi kemarahan keluarga tersebut
ialah pihak polis tidak dapat memberi alasan kenapa guru-guru itu ditahan.

Muhammad yang turut hadir ke balai polis bersama keluarga berkenaan
berkata, tindakan pihak polis tersebut menimbulkan kemarahan kepada umat Islam di daerah ini yang berpendapat 'ada sesuatu yang tidak kena' dengan sikap polis tersebut.

"Oleh itu pagi semalam kira-kira pukul 8.30 pagi hampir 500 orang
yang terdiri daripada pelajar-pelajar pondok pengajian agama dari Pattani, Yala, Narathiwat, Sungai Padi, Sungai Golok dan Cha Ai Rong berkumpul di Balai Polis Tak Bai bagi membantah penahanan itu."

"Pada mulanya pihak polis bersetuju untuk membebaskan keenam-enam
mereka dan meminta orang ramai yang hadir supaya bersabar, bagaimanapun setelah menunggu hampir empat jam tiada apa-apa berlaku," katanya.

Muhammad berkata, keadaan itu menimbulkan kemarahan orang ramai dan
keadaan mulai tegang apabila penunjuk perasaan mula membaling batu ke arah pihak polis dan tentera yang berkawal.

Menurutnya, kehadiran lebih ramai orang terutamanya penduduk kampung
di tempat kejadian ‘memanaskan’ lagi keadaan dan ia sampai ke
kemuncaknya pada pukul 3 petang apabila pihak berkuasa Thailand mula melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air.

"Ia disusuli dengan tembakan dengan peluru hidup ke arah orang ramai
dan saya yakin ramai yang terkorban termasuk penonton," katanya.

Ditanya adakah pelajar-pelajar yang terlibat dalam demonstrasi itu
mempunyai kaitan dengan mereka yang merusuh di Pattani pada 28 April lalu, Muhammad mengakui mereka adalah saki-baki kumpulan tersebut.

Beliau berkata, kesemua penunjuk perasaan itu berusia sekitar 19
tahun hingga 21 tahun.

Penduduk dakwa 100 maut -- Thailand akui 84 terbunuh dalam tragedi
berdarah di selatan Thai
--------------------------





TAK BAI 26 Okt. - Thailand hari ini mengakui sekurang-kurangnya 84
penunjuk perasaan terkorban ekoran pertempuran sengit dengan pasukan
keselamatan di sini semalam tetapi penduduk memberitahu lebih 100 orang terkorban dalam tragedi tersebut.

Penduduk di tiga buah kampung yang menyaksikan peristiwa berdarah itu
percaya ia meragut lebih 100 nyawa, jauh lebih tinggi berbanding yang
diumumkan oleh pihak berkuasa Thailand.

Ketika ditemui di Kampung Che Hen, Kampung Bahru dan Kampung Umum
Lanas di sini, mereka mendakwa menyaksikan tidak kurang daripada 50 mayat bergelimpangan manakala terdapat berpuluh mayat yang telah dimasukkan ke dalam trak.

"Kami yakin tidak kurang 100 orang terbunuh dalam kejadian itu dan
bukannya enam orang seperti yang diumumkan oleh kerajaan," kata Nik Lop Nik Rani yang turut cedera ringan dalam kejadian ketika berusaha menyelamatkan diri daripada tembakan.

Dalam kejadian di depan Balai Polis Tak Bai itu, pihak berkuasa
Thailand semalam mendakwa, hanya enam orang terbunuh manakala berpuluh-puluh cedera dan lebih 400 berjaya ditahan.

Lewat hari ini, para pegawai Thailand mengakui sekurang-kurangnya 84
penunjuk perasaan mati dipercayai kerana lemas atau terhimpit di
dalam trak polis.

Mereka adalah di antara kira-kira 1,300 penunjuk perasaan yang
ditangkap dan dicampakkan ke dalam beberapa buah trak dengan keadaan terbaring dan bertindih-tindih.

Timbalan Komander Briged Keempat, Mejar Jeneral Sinchai Nujsathit
berkata, mangsa-mangsa itu mungkin mati lemas semasa berhimpit-himpit di dalam trak-trak polis.

Dr. Pornthp Rojanasunan, pakar forensik yang bekerja untuk Kementerian Kehakiman dalam satu sidang akhbar hari ini, berkata beliau dan sekumpulan doktor telah menjalankan bedah siasat ke atas 78 mayat di sebuah kem tentera di wilayah Pattani.

Kumpulan doktor itu mendapati kebanyakan daripada mangsa-mangsa
tersebut meninggal dunia akibat kesukaran bernafas.

Kejadian itu adalah yang terburuk di selatan Thailand, selepas
peristiwa berdarah di Masjid Kerisik di Pattani pada 28 April yang menyaksikan 32 orang militan dibunuh.

Sementara itu Nik Lop yang ditemui di Kampung Che Hen yang terletak
tidak sampai satu kilometer dari tempat kejadian berkata, dia melihat
anggota tentera dan polis Thailand melepaskan tembakan secara rambang ke arah penunjuk perasaan kira-kira pukul 3 petang (waktu Thailand).

Sebelum itu mereka melepaskan penyembur air dan gas pemedih mata
bagi menyuraikan kelompok orang ramai yang berkumpul kepada dua kumpulan iaitu penunjuk perasaan dan penonton.

"Bagi penunjuk perasaan mereka kekal berdiri di situ sambil
melaungkan takbir 'Allahu Akhbar' serta melontar batu. Penonton pula
bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri termasuk menuju ke arah sungai yang terletak hanya lima meter dari tempat kejadian mencuci muka bagi menghilangkan kepedihan gas pemedih mata," katanya.

Katanya, dalam keadaan kelam-kabut itu, pihak keselamatan terus
melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang ternyata tidak berganjak walaupun diberi amaran supaya bersurai.

Seorang lagi saksi yang tinggal di Kampung Bahru, Ahmad Jusuf, 25,
berkata, dia melihat berpuluh-puluh mayat dimasukkan ke dalam trak manakala berpuluh-puluh lagi cedera akibat tembakan yang dilepaskan oleh pasukan polis dan tentera.

"Bagaimana mereka boleh mendakwa hanya enam orang sahaja yang
terbunuh sedangkan pagi ini polis menjumpai tiga lagi mayat yang mempunyai kesan tembakan terapung di Pulau Panjang berdekatan tempat kejadian," katanya.

Ketiga-tiga mayat itu telah dihantar ke Hospital Narathiwat dan masih
belum dikenali identitinya.

Kenyataan penduduk berkenaan disahkan oleh senarai nama enam orang
dari daerah Takbai yang terbunuh dalam pertempuran itu.

Dalam senarai yang dikeluarkan oleh Balai Polis Tak Bai, mereka yang
terbunuh dikenali sebagai Tuan Haron Mohd.Zin, 22; Mohd. Zaidu
Qossim, 21; Muhammad Isa, 23; Mat Qasim, 19; Awang Bie, 53 dan Abu Tholib Seto, 27.

Di Kampung Ummu Lanas pula, penduduk kampung berkenaan mengesahkan 43
orang dari kampung itu dilaporkan hilang dan setakat ini hanya seorang disahkan terbunuh, manakala di Kampung Bahru pula tidak kurang daripada 60 orang penduduk kampung tidak diketahui nasib mereka.

"Kami belum mengetahui nasib mereka tetapi ada khabar bahawa
sebahagian mereka terbunuh memandangkan pihak tentera turut melepaskan tembakan secara rambang ketika mereka berusaha untuk menyelamatkan diri ke dalam sungai," kata seorang guru agama di kampung itu, Senawi Hassan.

Seorang saksi dari kampung berkenaan, Shamsul Leman, 21, pula
mendakwa melihat lebih 100 orang cedera termasuk sebahagian besarnya parah.

"Saya lihat tidak ada ambulans yang datang, kesemua yang cedera
diikat tangan sebelum dimasukkan ke dalam trak untuk dibawa ke hospital bersama-sama tahanan yang tidak cedera," katanya.

Sementara itu, seorang wartawan tempatan yang membuat liputan ketika
pertempuran berlaku berkata, beliau yakin jumlah kematian melebihi 50
orang.

"Ini kerana pihak tentera melepaskan tembakan tanpa henti selama 10
minit ke arah orang ramai yang berkumpul dan saya lihat ramai yang
terbaring dalam keadaan berlumuran darah selepas tembakan berhenti," katanya ketika ditemui di depan Balai Polis Tak Bai.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai kanan pihak berkuasa
Thailand ketika ditemui di tempat kejadian enggan mengulas mengenai jumlah kematian sebenar tetapi tidak menafikan 'jumlah korban mungkin tinggi'.

"Kami masih menjalankan siasatan termasuk berusaha mencari mereka
yang mungkin lemas ketika terjun ke dalam sungai berdekatan dan memantau keadaan mereka yang cedera," katanya yang turut terlibat dalam operasi tersebut.

Penduduk sifatkan berada di zon perang
----------------------------------------------





TAK BAI 26 Okt. - Beberapa orang penduduk kampung yang terperangkap
dalam pertempuran antara tentera dan penunjuk perasaan di depan Balai Polis Tak Bai, di sini semalam menyifatkan mereka ibarat berada dalam zon perang.

Ini kerana menurut mereka, tembakan yang dilepaskan oleh pihak polis
dan tentera hanya beberapa inci sahaja daripada paras kepala ketika semua yang berada di situ diarahkan meniarap.

Seorang pemuda dari Kampung Bharu, Nur Iman Ahmad, 23, berkata,
sebaik sahaja mendengar bunyi tembakan serta jeritan manusia, dia terus meniarap.

Katanya, ketika itu apa yang ada dalam fikirannya ialah maut.

"Saya tidak fikir perkara lain kerana suasana ketika itu amat
mengerikan dengan bunyi tembakan bertalu-talu disertai jeritan Allahhuakbar benar-benar menakutkan saya," katanya yang tinggal kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Menurut Nur Iman, dia bersama-sama beberapa orang kawannya pergi ke
tempat tersebut bagi menyaksikan demonstrasi yang dilakukan oleh lebih 500 orang.

"Kami tidak terlibat hanya sekadar menonton sahaja dan ternyata ia
hampir meragut nyawa kami. Saya dilepaskan setelah seorang anggota polis yang bertugas mengenali saya," katanya.

Seorang penduduk Kampung Che Hen, Rani Hussein, 32, berkata, dia
terpaksa berendam di dalam Sungai Tak Bai berhampiran tempat kejadian hampir dua jam untuk menyelamatkan diri.

Rani mendakwa, ketika itu dia melihat ramai penunjuk perasaan yang
terkena tembakan terhumban ke dalam sungai tersebut.

"Ramai di antara mereka mati dan ketika itu saya hanya berdoa kepada
Allah agar saya selamat memandangkan tembakan bergema hampir 10 minit," katanya yang berniaga sendiri.

Katanya, dia terpaksa terjun ke dalam sungai selepas mendengar
tembakan ketika sedang membasuh muka akibat terkena gas pemedih mata.

Seorang lagi penduduk Kampung Bahru, Che Soh Che Mat, 40, pula
berkata, suasana ketika itu amat menakutkan kerana ramai yang terkena tembakan.

"Kami ibarat berada di medan perang, di setiap penjuru ada orang
bergelimpangan akibat terkena tembakan dan baju saya sendiri dibasahi
darah mereka yang cedera," katanya.

Menurut Che Soh, ketika diarah meniarap oleh pihak tentera, dia cuba
memberanikan diri untuk memaklumkan bahawa dia hanya orang kampung
dan bukan penunjuk perasaan.

"Bagaimanapun, pihak tentera mengarahkan saya tetap meniarap dan
jangan bangun sehingga suasana benar-benar terkawal," katanya sambil
menjelaskan dia melihat berpuluh-puluh mayat bergelimpangan sebelum kembali ke rumahnya yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.

----------------------------------------






Tentera penceroboh Thai tembok petujuk perasaan


PATANI-DARUSSALAM: - 26 oktober,- Beribu-ribu orang Melayu Patani
mengada kan tujuk persaan dihadapan pejabat daerah Taba, wilayah Menara hari ini ( Isnin 25/10), sekurang-kurangnya 6 petujuk perasaan gugur syahid dan beratus-ratus cedera apabila pihak askar penceroboh Thai bertindak ganas melepaskan tembokan dengan senjata berat kearah mereka.

Maksud tunjuk perasaan itu hanya mendesak supaya 6 sukarilawan (OSO)
yang dituduh menjual senjata kepada pejuang kemerdekaan Patani, sedangkan senjata itu diberikan oleh penceroboh untuk memerangi pejuang.

Lebih 400 penunjuk perasaan lagi, kebanyakannya belia, ditahan dan
dibawa ke kem tentera Inkayut Borikan, Patani manakala pihak pencerobok Thai segera mengenakan perintah berkurung mulai pukul 10 malam hingga 6 pagi.

Pertempuran bermula kira-kira jam 2 petang waktu tempatan itu berlaku
di luar sebuah balai polis di Tabar.

Kejadian itu adalah yang terburuk di Patani, selepas peristiwa berdarah di Masjid Kerisik di Patani pada 28 April lalu yang menyebabkan 32 orang Jamaat tabligh yang keluar berdakwah gugur syahid.

Dalam kejadian hari ini saksi-saksi berkata, sebaik sahaja askar-askar mara, dan melepaskan tembakan kearah penujuk perasaan, manakala
penunjuk perasaan melemparkan batu kearah tentera penceroboh Thai.

Pihak penceroboh Thai pula berkata, kira-kira 20 penunjuk perasaan dan 10 askar serta polis cedera sewaktu pertempuran mula meletus dengan batu-batu dilemparkan.

Televisyen penceroboh melaporkan, lebih 400 penunjuk perasaan ditahan
dan dibawa ke berek askar untuk disoal siasat berhubung peristiwa
terbaru itu.

Siaran televisyen itu juga menyiarkan imej askar-askar penujuk perasaan melepaskan penyembur air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan beribu-ribu penunjuk perasaan yang berhimpun di balai polis Tabar sejak awal pagi.

Tunjuk perasaan dilancarkan oleh penduduk kampung hari ini bagi
mendesak pihak berkuasa membebaskan enam sukarelawan (OSO) yang ditangkap polis, minggu lalu.

Polis penceroboh Siam menahan mereka atas tuduhan menjual senjata
kepada pejuang kemerdekaan Patani, Bagaimanapun, sukarelawan itu mendakwa, senapang mereka hilang dicuri orang.

Sebelum kejadian berdarah di Patani April lepas, pejuang kemerdekaan
Patani menyerang beberapa balai polis dan pos tentera di wilayah Patani, Jala dan Senggora.

Komander Tentera penceroboh Thai Wilayah Selatan, Pisan
Wattanwonngkeree, pada satu sidang media hari ini berkata: "Saya arahkan mereka bersurai. Mereka mempunyai senjata. Para pemberita boleh melihat mereka menggunakan senjata untuk bertempur dengan pegawai-pegawai keselamatan."

Sementara itu, Perdana Menteri penceroboh Thailand, Thaksin Shinawatra yang melakukan lawatan mengejut ke tempat kejadian berkata: "Saya mahu memberi tahu masyakat Melayu bahawa saya tahu apa yang berlaku di Patani dan saya tidak akan membenarkan pihak berkuasa menganggu orang awam."

"Bagaimanapun apabila pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang,
mereka perlu menghormatinya."

Menurut beliau, kunjungannya itu untuk melihat sendiri tempat
berlakunya pertempuran itu dan untuk memberi sokongan moral kepada pihak berkuasa.

pergolakan di Patani mula meletus pada Januari lalu apabila sekumpulan bersenjata menyerbu sebuah kem tentera dan membunuh empat askar sebelum merampaskan beratus-ratus laras senjata termasuk raifal M 16.

Sejak itu, pergolakan terus menjadi-jadi dengan lebih 465 orang
terkorban dalam pergolakan yang berlaku di empat wilayah iaitu Patani, Jala, Menara dan Senggora, yang didiami oleh masyarakat Melayu, Patani adalah sebuah negara yang pernah berdaulat sebelum ditakluk oleh penceroboh Thailand.

Masyarakat Melayu Patani sebelum ini mendakwa mereka menjadi mangsa
diskriminasi oleh penalukan Siam khususnya dari segi pendidikan dan
pekerjaan.

Manakala Thaksin pula berpura-pura memberi perhatian terhadap masalah
ini katanya beliau sendiri 'turun padang' untuk berjumpa dengan
masyarakat Melayu bagi mencari jalan perdamaian.

Para pegawai penceroboh Thailand turut mengadakan perbincangan dengan
pemimpin pejuang pembebasan Patani dalam usaha menamatkan sengketa di
wilayah tersebut. - UPM/A

----------------






References (PENTING!):
click here
click here

for english version, click here



*hidup tiada ertinya tanpa perjuangan dan pengorbanan..*

hidup ini.. tiada erti tanpa redha Ilahi..
mati juga.. tiada ertinya jika bukan untuk deenie..

Sunday, October 24, 2004

Living in the real world..



-------------------------

First map... * scroll down *
-------------------------


-------------------------

The Zone.. * where is the green zone? Where is Fallujah? *
-------------------------
reference :

1. military - here

2. BritishFlash - to the rescue *duhh*

3. More maps? - here

--berpijak di bumi nyata, bersembang tiada guna, namun apakan daya, diriku..dirimu.. kita serupa.. --

Badar : The Story of Two young Men..

Didalam peperangan ini juga membaranya semangat jihad yang meluap-luap disetiap hati kaum muslimin begitu juga dengan 2 orang anak remaja yang masing-masing berlumba-lumba untuk mencapai cita-cita mereka iaitu mati syahid.

Sehubungan dengan ini Abdurrahman bin Auf menceritakan:

Di hari peperangan Badar ketika aku ditengah barisan, setiap kali aku menoleh ke kanan dan kekiriku aku dapati 2 orang pemuda yang masih muda sekali usianya. Aku khuatir akan keselamatan keduanya.

Tiba-tiba salah seorang dari mereka membisikkan sesuatu ke telingaku..

Pemuda 1/2: "Hai paman tunjukkan kepadaku yang manakah Abu Jahal itu"
Abdurrahman bin Auf: "Apa maksudmu dengannya?"
Pemuda 2/2: "Aku telah bersumpah jika aku bertemu dengannya akan kubunuh atau aku mati syahid kerananya"


Setelah dekat aku tunjukkan kepada kedua pemuda si Abu Jahal itu. Keduanya segera menyerang Abu Jahal dengan pedangnya seolah-olah dua ekor rajawali. Kedua pemuda itu adalah dua bersaudara ibnu Afra.

Setelah Abu Jahal terbunuh, Rasulullah saw menyambutnya dengan sabdanya:

"Abu Jahal ini adalah Fir'aunnya umat ini".

Akhirnya kemenangan di medan pertempuran Badar berpihak kepada kaum Muslimin. Maha besar Allah, dia menunjukkan kekuasaannya, yang mana kaum Musyrikin sudah berkira-kira bahawa kemenangan akan menjadi milik mereka, mereka mempersiapkan segalanya demi menyambut kemenangan itu, tetapi akhirnya kebenaran tetap berada diatas kebatilan.

Rasulullah saw berseru: Ertinya: "Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janjiNya dan menolong hambaNya serta mengalahkan musuhNya."

Didalam peperangan ini kaum musyrikin Quraisy terbunuh sebanyak 70 orang dan tertawan 70 orang. (Sahih Bukhari dari Barra' bin Azib)

Kaum Muslimin yang gugur syahid pula hanya seramai 14 orang sahaja. Enam orang dari kaum Muhajirin dan 8 orang dari kaum Anshar.

Saturday, October 23, 2004

Syahid pertama Badar : Umair bin Humam al-Ashari




Aqsa el-Mubarak
-----------------------------


The inside of Aqsa
-----------------------------


.......

Orang Islam yang pertama gugur syahid Badar.

Setelah selesai Nabi berseru yang sedemikian tadi..Umair bin Humam al-Ashari bangkit dan bertanya kepada Nabi

Umair: "Ya Rasulullah apakah syurga itu seluas langit dan bumi?"
Nabi: "Ya"
Umair: "Sungguh untung,sungguh untung"
Nabi: "Apakah yang menyebabkan kamu berkata demikian?"
Umair: "Aku berharap semoga aku termasuk orang yang memperolehi syurga"
Nabi: "Kamu adalah salah seorang yang mendapat syurga."

Kemudian Umair mengeluarkan bekalannya iaitu beberapa biji kumar dan dimakannya.

Umair: "Kalau aku tunggu habisnya buah kurma ini beerti amat lama hidupku."

Buah kurma itu segera dilemparkan ke tanah dan ia mara ke medan peperangan sehingga ia gugur sebagai syahid. Umair adalah orang pertama yang gugur sebagai syahid di medan peperangan Badar.

----------- for full article click here ----------

Thursday, October 21, 2004

.::. R E M I N D E R .::.



APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG???

........by Qatrunnada

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,
Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan

Ya sebenarnya apa yang
Engkau hendak perjuangkan...



well.. think... think...

Wednesday, October 20, 2004

please, have some mercy..



please..
have some mercy..
*click here*

Bidadari Seorang Pendiri Pergerakan



Adalah Lathifah As Suri perempuan itu. Ia berdiri disamping Imam Syahid Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahwa ia butuh seorang muslimah yang kokoh, yang tak lekang dan surut oleh banyaknya halangan dan rintangan dalam berdakwah.


----------

Tidak mudah menjadi istri seorang Hasan Al Banna. Seseorang yang setiap detik kehidupannya sarat dengan kegiatan dakwah. Di pagi buta dia sudah bergegas untuk memulai berdakwah dan kembali pulang di gelap malam. Bisa dipastikan ia adalah seorang muslimah sejati, yang bisa mengisi kekosongan-kekosongan yang ditinggalkan oleh Imam Syahid Al Banna.

Adalah Lathifah As Suri perempuan itu. Ia berdiri disamping Imam Syahid Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahwa ia butuh seorang muslimah yang kokoh, yang tak lekang dan surut oleh banyaknya halangan dan rintangan dalam berdakwah. Perjuangan Imam Syahid bukanlah suatu hal yang main-main, bukan hanya sekedar dakwah seperti kebanyakan orang waktu itu. Bukan hanya sekedar membangun rumah kardus. Imam syahid tengah dan hendak membangun sebuah peradaban. Dan ia percaya, peradaban tak akan pernah terwujud, tanpa seseorang yang ia yakini kesejatiannya.

Maka siapapun itu-pendampingnya-harus menyadari bahwa dipundaknya ada amanah yang sama besarnya dengan yang di emban oleh Imam Syahid. Ada dimensi waktu dan kuasa kapital disitu. Maka pertemuan diyakini menjadi suatu hal yang mahal bagi Imam Syahid dan istrinya.

Maka bagi Lathifah As Suri menjadi istri Hasan Al Banna menyimpan begitu banyak geregap. Sejak awal pernikahan, Lathifah sudah menyadari bahwa ia harus siap jika sewaktu-waktu dia harus menjalani hidup sendiri tanpa seseorang, tempat berlabuh hidup dan cintanya.

Dakwah Ikhwah yang dipimpin oleh suaminya banyak meminta resiko yang bukan main-main. Penjara bahkan nyawa menjadi konsekuensi logis, yang sewaktu-waktu siap menyapanya.

Tanpa diminta, Lathifah sudah tahu dan mengerti bagaimana ia harus menempatkan dirinya. Ia memutuskan menutup seluruh aktivitas luarnya. Hanya satu yang ia curahkan, jihad utamanya adalah dilingkup rumahnya sendiri. Mengurus rumah tangga dan membesarkan anak-anak mereka berdua adalah dua hal yang tidak kalah pentingnya dengan yang dilakukan oleh Hasan Al Banna.

Sebelum menikah dengan Hasan Al Banna, Lathifah berasal dari keluarga yang taat beragama. Hingga tak heran jika ia menyadari betul tuntutan hidup menjadi istri seorang dai.

Malam, ia harus rela untuk terbangun menyambut kepulangan suaminya. Walau tak jarang Imam Syahid berlaku sangat hati-hati, bahkan hanya untuk membuka pintu rumahnya sekalipun. Jauh dilubuk hatinya, Imam Syahid tidak ingin mengganggu tidur bidadari terkasihnya yang telah seharian mengurus rumah dan anak-anak mereka berdua. Imam Syahid bahkan tak segan untuk menyiapkan makan malam untuk dirinya sendiri.

Lathifah tidak pernah mengeluh, walau sehari-harinya hanya ia habiskan seputar rumah dan rumah saja. Ia tidak pernah menuntut lebih kepada Imam Syahid. Padahal, Lathifah pun -berlepas diri dari ia seorang istri Imam Syahid- menyimpan banyak potensi. Anak-anak mereka yang berjumlah enam orang sesungguhnya adalah pencurahan konsentrasinya menjalani hidup. Satu-satunya yang pernah membuat dirinya gamang adalah, ketika salah satu anak mereka sakit keras dan Imam Syahid harus tetap menjalankan jihadnya. Ia bertanya kepada suaminya,"Bagaimana jika ia meninggal?". Imam Syahid hanya menarik napas panjang, ia kemudian berujar "Kakeknya lebih tau bagaimana mengurusnya."

Sejak dini, Lathifah menanamkan wawasan keislaman kepada anak-anaknya. Mendorong mereka untuk membaca, sehingga dalam hidupnya mereka tidak terpengaruh dengan seruan-seruan destruktif. Ketika Imam Syahid bolak-balik keluar penjara, Lathifah berusaha bersabar dan komitmen.

Lathifah sangat menyadari peran dan kewajiban asasi seorang wanita sebagai istri dan ibu bagi anak-anaknya. Ia kosongkan waktunya untuk mendidik anak2nya. Ia bahagia melihat anak-anaknya sukses dalam hal akhlak dan amal. Ini tak mungkin terjadi jika seorang ibu sibuk di luar rumah. Seorang anak tidak mungkin belajar tentang akhlak dan amal dari orang selain ibunya.

Ketika Hasan Al-Banna syahid, anak-anaknya belumlah dewasa. Lathifah tidak lantas menyerah. Tak ada kesah ataupun ketakutan dalam hatinya. Ia sangat memelihara apa yang dikehendaki oleh mendiang suaminya. Ia tetap berlaku didalam rumah. Lathifah tidahk meremehkan hudud (batasan) yang Allah tentukan. Karenanya, tak heran diantara anak-anaknya tidak ada ikhtilat (percampuran) antara anak-anaknya dan sepupunya yang berlainan jenis.

Tidak ada yang berubah dirumah itu, apa yang Imam Syahid inginkan berlaku dikeluarganya masih tetap di pegang teguh oleh Lathifah. Sendirian, ia besarkan keenam anaknya. Dirumahnya kini ia mempunyai tugas tambahan, yaitu memperdalam wawasan keislamannya.Yang dimaksud dengan wawasan keislamannya adalah membaca Al-Quran dengan tafsirnya, mempelajari Sunnah Rasulullah SAW, haditsnya dilanjutkan dengan usaha kuat untuk menerapkannya. LAthifah juga masih menyempatkan diri mempelajari sejarah para salafussalih dan berita seputar dunia Islam. Lathifah menyadari menyepelekan masalah ini akan memunculkan persoalan serius. Seorang yang tidak menambah pengetahuan keislamannya, akan merasa sulit untuk bangga dengan keagungan dan kebesaran Islam. Dengan melalui pemahaman keislaman yang baik, seorang wanita akan menyadari betapa penting perannya terhadap keluarga dan masyarakat.

Perjuangan Lathifah membuahkan hasil yang gemilang. Semua anaknya sukses meraih predikat formal dalam pendidikan ilmiah. Yang sulung, bernama Wafa-menjadi istri Dr.Said Ramadhan. Kedua Ahmad Saiful Islam, kini sebagai sekjen advokat di Mesir. Ia juga pernah duduk di parlemen. Ketiga bernama Tsana, kini sebagai dosen di Universitas Kairo. Kelima Roja, kini menjadi dokter. Dan Halah sebagai dosen kedokteran anak di Universitas Azhar. Dan terakhir, Istisyhad sebagai doktor ekonomi Islam. Semuanya itu sebagai bukti, betapa berartinya sosok Ibu bagi keberhasilan dakwah sang suami. Selain juga untuk anak-anaknya, tentu.

**********************

Sekedar info tambahan:

Hasan Al Banna syahid diusianya yang masih muda, sekitar 40 tahunan. Setelah seberondong timah panas ditembakkan oleh musuh-musuh Islam di sebuah jalan di Kairo.

Sebenarnya Hasan Al Banna masih bisa diselamatkan, tapi karena konspirasi politik para musuh Islam yang dipimpin oleh sang pengkhianat la'natullah Gamal Abden Naser, membuat tubuh Hasan Al Banna yang sedang sekarat dibiarkan tak berdaya, tanpa bantuan dari siapapun juga, termasuk dokter-dokter di Rumah Sakit.

Akhirnya sang pendiri Ikhwanul Muslimun itu pun syahid menemui kekasih tercintanya, Rabbnya.

Musuh-musuh Islam pun banyak yang tertawa dan berpesta dengan syahidnya sang Imam, tapi sesungguhnya Hasan Al Banna tidak pernah pergi meninggalkan pengikutnya.

Allah terlalu mencintai hamba-Nya yang satu ini, sehingga memanggilnya terlebih dahulu.

Hal yang memilukan adalah, meskipun Ikhwanul Muslimun mempunyai puluhan ribu pengikut, tapi tak seorangpun yang diijinkan untuk mensholati jenazah beliau, kecuali ayahnya yang sudah udzur, saudara perempuan dan istrinya.


*****dari web-page Agus Haris Widayat *****

'...for devout men and women, for truthful men and women...

for men and women who guard their chastity - for them has Allah prepared forgiveness and

great reward.' [33:35]

Monday, October 18, 2004

..just a pic..





erm.. this is a picture taken from AFP/ Yahoo Photos.. Istiqlal Mosque in Jakarta
-----------------------------------

1. erm.. tentang penulisan terdahulu tentang Ramadhan, click sini

2. erm.. tentang Perang Badar hari itu, ada presentation yang lebih baik.. boleh rujuk di "Turning Point in History"

3. erm.. sedang mencari-cari info tentang imam 'kecil', Muhammad al Barrak **erm, sebenarnya.. takde ke satu website khusus tentang imam-imam Masjeedil Haram?? Saya dah cari.. tak jumpa pun.. kalau ada biodata ke.. sejarah hidup ke.. oke juga ya? erm macam imam Mohaisany, al Shuraim, Sheikh Sudais etc..

WaLLahua'lam..

Tarawih dari Last Qiblat - Masjid al Haram



.. erm haru nya.. bila lihat solat tarawih dari al haram..
siarannya ada translation kepada ayat2 yang dibaca..


sedih.. sayu??
gembira??

memang gembira..
melihat lautan manusia berkumpul..
melihat betapa Islam itu..
didukung oleh jutaan ruuh..
dari yang tua.. sehingga yang baru lahir..
dari yang sempurna fizikalnya hingga yang istimewa..
dari pelbagai latarbelakang yang berbeza..
dari sekalian alam..
semuanya kembali kepada Tuhan..
semuanya kembali kepada Fitrah..
semuanya mahu kembali kepada ketenangan


- ALlah.. sangat dekat dengan kita..tapi kita sering terlupa... wana'udzubiLlah-

Friday, October 15, 2004

First Qiblat




refer here

i'm thinking of posting smthing about moonsighting.. but.. see lah!

Happy Ramadhan all..

p/s: heard that there are some controversies at al-Aqsa.. israel denies muslim's right to pray during Ramadhan.. camner tu?



--------------

more palestine pic.. click here.. (nice presentation..)

Thursday, October 14, 2004

ayat hari ini..

....................
"Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu". Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih. " [Ibrahim : 22]


"Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis [799] di antara mereka". [799]. Yang dimaksud dengan "mukhlis" ialah orang-orang yang telah diberi taufiq untuk mentaati segala petunjuk dan perintah Allah s.w.t. " [Al hijr : 39-40]



Tuesday, October 12, 2004

Mengenang Peristiwa Ramadhan : Perang Badar (Bah.2)

.........
Semasa kaum Muslimin berangkat ke medan peperangan Badar, seorang pemuda yang berumur 16 tahun, namanya Umairf bin Abi Waqas, takut kalau kalau dia tidak dibenarkan menyertai peperangan kerana disebabkan faktor umurnya yang masih muda. Kerana itulah beliau keluar dengan cara sembunyi-sembunyi agar tidak diketahui oleh sesiapa pun. Abangnya (Saad bin Abi Waqas) yang melihat hal itu bertanya apakah sebab beliau bersembunyi-sembunyi begini? Jawab Umair: "Aku takut kalau Nabi menyuruhku kembali sedangkan aku ingin mati syahid di medan petempuran".

Apabila Nabi mengetahui kejadian itu beliau hampir sahaja menyuruhnya kembali ke Madinah kerana Umair bin Abi Waqas masih belum cukup umurnya untuk berperang. Namun kerana Umair menangis minta diizinkan oleh Nabi untuk ikut berperang, Nabi kasihan melihatnya dan terharu diatas semangat jihad dan kesungguhan Umair, akhirnya Nabi membenarkannya. Maka terkabullah cita-cita Umair dan beliau adalah salah seorang yang gugur di medan peperangan Badar sebagai syahid.

PERBEZAAN JUMLAH DAN PELENGKAPAN PEPERANGAN ANTARA KAUM MUSLIMIN DAN KAUM MUSYRIKIN

Setelah lengkap segala persiapan, Nabi saw beserta kaum Muslimin hanya berjumlah 313 orang. Dan dari jumlah yang sebesar itu, yang bekenderaan kuda hanya 2 orang sahaja, dan yang berkenderaan unta hanya 70 orang, dan yang selebihnya tidak berkenderaan. Mereka bergilir-gilir dengan orang yang menaiki kenderaan. Satu-satu kenderaan adakalanya dinaiki sehingga 2-3 orang secara bergantian. Tidak ada perbezaan antara tentera dan pemimpinnya. Bahkan Rasulullah saw pun bergantian dengan Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat besar lainnya.

Nabi memberikan panji-panji Islam kepada Musa'ib dan Umair. Dan bendera Muhajirin diserahkan kepada Ali bin Abi Thalib dan bendera kaum Anshar diberikan kepada Saad bin Muaz.

Apabila Abu Sufian mendengar khabar berita keluarnya pasukan Islam, ia memilih jalan pesisiran pantai sehingga ia selamat. Setelah kafilah dagang yang dipimpinnya merasa selamat dari kejaran kaum Muslimin, ia menulis surat kepada kaum Quraisy yang tengah dalam perjalanan ke Badar. Dalam surat itu ia menasihatkan sebaiknya tentera Quraisy balik ke Mekah, kerana kafilah dagang mereka telah selamat. Dan pasukan Quraisy hampir-hampir sahaja berpatah balik ke Mekah jika tidak dihalangi oleh Abu Jahal. Jumlah pasukan Quraisy waktu itu lebih dari 1000 orang. Bergabung didalamnya sejumlah pemuka-pemuka Quraisy dan pahlawan-pahlawan mereka. Sepertimana yang disyaratkan oleh Nabi saw dalam pesanannya kepada kaum Muslimin sebelum peperangan: "Inilah kota Mekah telah mengerahkan kepadamu seluruh inti-inti pasukan".

Kaum Quraisy tetap meneruskan perjalannya sehingga sampai di lembah Badar. Sedangkan kaum Muslimin berhenti di lembah Badar yang lain. Ketika kaum Muslimin berhenti disana Khubab ibnul Munzir berkata kepada Rasulullah saw:

"Ya Rasulullah, adakah tempat yang kami berada ini suatu tempat yang ditunjukkan oleh Allah yang kami tidak dapat melanggarnya sedikit pun ataukah hanya tempat yang engkau pilih mengikut pendapatmu sendiri dan taktikmu? Jawab Nabisaw: "Tempat ini ku pilih menurut fikiranku"
jawab Khubab: "Tempat ini tidak strategik untuk berperang".

Kemudian dia menunjukkan tempat yang lebih strategik. Anjuran Khubab itu disambut oleh Rasulullah dengan gembira sekali dan segera baginda bangkit menuju ketempat yang ditunjukkan oleh Khubab yang mana merupakan tempat yang lebih dekat dari sumber air dari kaum Quraisy.

Ini menunjukkkan sifat Rasullulah yang menerima cadangan dari para sahabatnya dan tidak mementingkan diri baginda tanpa mengira siapa, jika syor itu pada pendapatnya boleh mendatangkan kebaikan, maka syor itu diterima dengan hati terbuka dan gembira.

Akhirnya Rasulullah beserta pasukannya sampai lebih dahulu ke tempat mata air ditengah malam. Kemudian kaum Muslimin membuat kolam-kolam air. Pada malam harinya Allah menurunkan hujan di sekitar daerah itu. Hujan itu menjadikan tempat kaum Musyrikin banjir sehingga mereka sukar untuk bergerak. Sebaliknya pula bagi kaum Muslimin, hujan tersebut merupakan satu rahmat dan dapat memandatkan pasir tempat mereka berpijak, sehingga mereka mudah bergerak maju dan hati mereka bertambah yakin dan kuat. Sehubungan dengan peristiwa ini Allah swt menurunkan ayat:

Yang bermaksud: "Dan Dia (Allah) menurunkan kepada kamu air (hujan) dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan untuk menghilangkan dari kamu bisikan-bisikan syaitan dan untuk memperteguhkan hati kamu dan memperteguh tempat berpijak kaki-kaki kamu dengannya." (Al-Anfal:11)


Monday, October 11, 2004

Mengenang Peristiwa Ramadhan : Perang Badar

PEPERANGAN BADAR.

Firman Allah swt didalam Al-Quran:
Yang bermaksud:


  • "Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya". (Ali Imran:123)

  • Perang Badar merupakan "purnama" dalam sejarah kemanusiaan yang menerangi jalan para penempuh jalan.

  • Perang Badar merupakan "purnama" yang bersinar dilangit dan diraikan oleh para malaikat. Para malikat yang ikut serta dalam peperangan ini menjadi para malaikat yang paling utama.

  • Perang Badar juga mereupakan "purnama" dibumi dan dikalangan penduduknya. Orang-orang yang ikut serta benar-benar menjadi purnama yang cahayanya menerangi seluruh isi kehidupan mereka.

  • Perang Badar merupakan "purnama" yang menjadi garis pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Juga menjadi mahkota kebanggaan diatas setiap pahlawan yang ikut serta berjuang didalamnya, dan didalam masyarakat Islam tidak ada seorang pun yang dapat mengungguli keutamaan para mujahidin Badar.
    ----------

PERANG BADAR KUBRA 17 RAMADHAN TAHUN KEDUA HIJRAH.


(Sebab Terjadinya Peperangan dan sasarannya)

Sesungguhnya antara Rasulullah saw dan puak Quraisy sedang dalam keadaan perang sejak hari pertama Nabi saw melakukan hijrah ke Madinah. Dalam keadaan perang harta dan darah musuh adalah dihalalkan. Apalagi jika kita ketahui bahawa sebahagian harta yang ada didalam kafilah-kafilah dagang Quraisy itu milikkaum Muhajirin dari kalangan kaum Muslimin Mekah. Harta itu dikuasai kaum Musyrikin Mekah secara aniaya dan tidak sah. Sejak lama pemusuhan antara kaum Muslimin dan Musyrikin berlangsung, kaum Musyrikin sentiasa berusaha untuk memusuhi dan menghalangi tersiarnya Islam dengan pelbagai cara. Mereka menghamburkan harta yang banyak demi untuk memenuhi hasrat mereka dan untuk tujuan melemahkan potensi kaum Muslimin. Mereka juga tidak putus-putus menyeksa dan mengadakan gangguan serangan di perbatasan kota Madinah.


Pada hari ke 12 bulan Ramadhan tahun ke2 hijrah Rasulullah saw mengetahui bahawa kafilah dagang Quraisy datang dari Syam, lalu Rasulullah saw bersabda kepada kaum Muslimin yang ada disisinya. "Ini adalah kafilah dagang Quraisy yang membawa harta kekayaan mereka. Keluarlah kepadanya, mudah-mudahan Allah menjadikannya sebagai pampasan bagi kalian."


Perlu disebutkan bahawa kafilah ini tidak seperti kafilah-kafilah yang lain. Bila menguasainya maka akan mematikan bagi perekonomian Quraisy. Keran didalam kafilah dagang ini terdapat 1000 ekor unta dan 50,000 dinar emas. Kaum Musyrikin mengungkapkan tentang bahaya penguasaan terhadap kafilah ini dengan perkataan mereka: "jika Muhammad berhasil menguasainya maka kalian tidak akan berjaya selamanya".


Perang Badar merupakan peperangan bersenjata yang pertama kali berlaku diantara pembela kebenaran dan pendukung kebatilan. Keran didalam pertempuran inilah ditentukan nasib kaum Mu’minin dan Musyrikin. Sehinggan Nabi saw bermunajat dengan doa agar Allah memberikan kemenangan yang besar kepada kaum Muslimin.


Orang yang pernah membaca sirah Nabi saw didalam perang Badar dan semua perang yang pernah dilakukannya, pasti akan mengetahui betapa besar perhatian Nabi saw terhadap langkah dan pelbagai tektik peperangan dan analisis terhadap pergerakan musuh. Oleh sebab inilah Rasulullah menghantar sebilangan kecil pasukannya untuk mengintai pasukan musuh. Pada kebiasaannya sebelum keberangkatan pasukan perang, Rasulullah saw akan mengutus satu pasukan kecil untuk menjelajah wilayah dihadapannya, sebagai langkah terhadap serangan hendap dan sebagai langkah berjaga-jaga.


Ketika Nabi saw mendengar berita mengenai kemaraan tentera Quraisy dibawah pimpinan Abu Sufian, Nabi berbincang dengan para sahabatnya, baginda ingin mengetahui bagaimanakah sambutan kaum Ansar terhadap gagasan baginda untuk membela Nabi di negeri mereka.

Sewaktu hendak berangkat dari kota Madinah baginda mengajukan adakah kaum Muhajirin berkesanggupan untuk berperang. Baginda mengulanginya sehingga 3 kali untuk mengetahui pendapat mereka. Kaum Muhajirin bersetuju dan sanggup bersama-sama Nabi menghadapi musuh Islam didalam peperangan ini, setelah melihat persetujuan kaum Muhajirin, kaum Ansar baru mengerti bahawa pertanyaan Nabi ini sebenarnya ditujukan kepada kaum Ansar.

Lantas Saad bin Muaz bangkit dan berkata: "Ya Rasulullah, seolah-olah engkau mengkehendaki kami. Mungkin engkau takut jika kaum Ansar tidak akan membelamu kecuali dinegeri mereka sahaja. Aku berbicara atas nama kaum Ansar dan aku menjawab atas nama mereka. Pergilah kemana saja sesukamu, sambunglah tali persahabatan yang engkau senangi dan putuskan tali yang engkau senangi. Ambillah dari harta kami sesukamu dan berikan kepada sesiapa sesuka hatimu. Apa yang engkau ambil dari harta kami itu lebuh kami senangi daripada engkau sisakan. Segala perintahmu akan kami laksanakan. Demi Allah jika engkau berjalan sampai Brakal Ghamad (Yaman) pasti kami akan berjalan bersamamu dan jika engkau mengajak kami untuk mengharungio lautan ini pasti kami akan mengharunginya bersamamu pula".


Berkata pula Miqdad ibnul Aswad sebagai sambutan selepas Saad bin Muaz: "Kami tidak akan mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh kaum Musa kepada Musa: "Pergilah engkau beserta Tuhanmu dan berperanglah engkau berdua dan kami akan duduk disini". Tetapi kami…..akan berperang disisimu kanan, kiri, depan dan belakangmu."


Ketika Nabi saw mendengar penyataan para sahabatnya baginda bergembira dan baginda berkata sambil muka yang berseri-seri: "Berangkatlah kalian dan bergembiralah kalian".

Artikel penuh.. klik sini..






----------------------------------------

Komen: Apa yang menarik dalam peperangan ini bagi saya ialah kerjasama yang ditunjukkan oleh kedua-dua kaum muhajirin dan ansar,semangat mereka serta kesediaan untuk berkorban yang ditunjukkan oleh kedua-dua kaum ini.. dan bagaimana Nabi 'hint' kaum ansar, ini pun agak menarik. Ekoran dari kesediaan kedua-dua Muhajirin dan ansar untuk berjuang habis-habisan, Nabi jadi gembira, seterusnya Nabi sendiri yakin akan memenangi peperangan ini.. *hmm.. menggembirakan hati seseorang itu sudah menjadi suatu kegembiraan buat orang lain.. apatah lagi menggembirakan hati Muhammad S.A.W..

* 1 Badar.. 2 Uhud.. 3 Khandaq.. 4 Hudaibiyyah.. 5 Tabuk.. 6 Yarmuk.. **smile** *


Saturday, October 09, 2004

how they picture us..




click
here

ayat hari ini

a'udzubiLLahi mina-asshaithoni-rrajim


13. 19. Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran,

13. 20. (yaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian,

13. 21. dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan [771], dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk.

[771]. Yaitu mengadakan hubungan silaturahim dan tali persaudaraan.

13. 22. Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),

13. 23. (yaitu) syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu;

13. 24. (sambil mengucapkan): "Salamun 'alaikum bima shabartum" [772]. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.

[772]. Artinya: keselamatan atasmu berkat kesabaranmu.



kesimpulan:

kriteria yang digariskan dlaam ayat di atas ialah :

a. orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian.

b. yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan (e.g silaturrahim)

c. yang takut kepada Tuhannya.

d. yang takut kepada hisab yang buruk.

e. yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya

f. yang mendirikan shalat

g. yang menafkahkan sebagian rezki mereka, secara sembunyi atau terang-terangan.

h. yang menolak kejahatan dengan kebaikan

------ waLLAhua'lam -------

Monday, October 04, 2004

aina jund-ul muslimeen..


WARNING!
The following material contains scenes that may be disturbing to some viewers..

Viewer discretion is advised... --> ^_^ <--






- taken from a special source/ special web.. do i hav to mention? daaa.. just jot ur email.. and i'll send one for u.. -


a tribute to Sheikh Ahmed Yassin

my fav :: ISlam remembers Sept 11

aina jund-ul muslimeen??? find it urselves..