Saturday, October 30, 2004

Apa Bezanya Kita?


Apa bezanya kita?
------------------------------------



Walaupun kita dah banyak kali baca text ni.. cuba baca sekali lagi kesimpulan kat bawah tu.. ada LAIN sket..
------------------------------------

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi berkelah di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada taukey balak, ada taukey minyak sawit, ada taukey getah, ada taukey emas dan macam-macam lagi.

Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu semuanya elok belaka. Pasti ada juga yang busuk. Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini bermula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya bagi menempelak abang-abang mereka yang kaya raya yang sudah lupa diri itu.

Suatu hari selepas keluarga ini berkelah, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini dilakukan di depan khemah abang-abang yang kaya itu. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka mengacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di depan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi di halang oleh abang atas alasan, marilah bawa berbincang dhaulu. Jangan terburu-buru, bahaya.

Akhirnya, di saat adik perempuan mereka di ratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah "Cara-cara menelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan". Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang haram itu dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ignin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata : "Inilah orang muda suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambil jalan yang lebih berdiplomasi". Akhirnya si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram itu. "Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan perogolan itu dulu. Kita buat gencatan nafsu."

Mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan mereka itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain. Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi di halang oleh abang yang lain.

"Hoi monyet! senyaplah..pengkhianat!". Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adi-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.



Keadaan semakin genting. Adik beradik yang diketepikan itu mengadakan satu mesyuarat lain, kononnya tergempar. Kali ini mereka agak sepakat. "Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami. Selamatkan adik kami yang kelemasan".

Tetapi mereka hanya memasang sepanduk di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perepuan mereka semakin terus dicabul. Adik beradik tadi hanya terus menonton drama itu dari dekat selepas bermesyuarat tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah sudah hampir mati. Hanya menuggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu diangkatlah lagi sepanduk "Selamatkan adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya degan harapan ada orang lain yang membantu.



Bila melihat sepanduk itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan sepanduk yang baru. Yang lebih cantik dan mahal Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan..adik beradik lain pula terus bermesyuarat dan bermesyuarat untuk menghasilkan sepanduk dengan kata-kata yang lebih menarik...

Itulah satu kisah keluarga besar di satu tempat yang di rahsiakan tempatnya

Catatan:
* Adik perempuan itu bernama PALESTINE
* Adik lelaki itu bernama IRAQ
* Abang-abang itu NEGARA ARAB yang kaya raya
* Adik-adik yang senyap itu NEGARA ISLAM yang membangun dan mundur
* Adik-adik yang berdarah muda itu GERAKAN-GERAKAN ISLAM
* Mesyuarat itu adalah MESYUARAT OIC
* Bapa yang mati adalah KHALIFAH

------------------------------------

okay.. walaupun artikel ni dah lama.. dan perlu diupdate pada sisi-sisi yang tertentu..

tapi, persoalannya..

1. "apa beza kita (Muslim di Pan Asia - Filipina, Malaysia, Indonesia, Tim-Tim?) dengan situasi di atas???"

2. "apa yang boleh kita lakukan dalam semua situasi2 yang melibatkan umat Islam?? anyone? Demo? *well, okay.. ada lah jugak kesan EDmo kat KL semalam.. *




------------------------------------
Gabungan NGO-PKN-PAS di hadapan Thai Embassy
------------------------------------



lagi?? Demo wont solve anything.. serious.. Dulu masa peristiwa berdarah pada Jan 2004.. kita ada buat Demo tak? cant remember.. tapi kalau kita ada buat pun.. sama juga kan? No solution..

Sebenarnya, dah berapa banyak demo yang telah dibuat.. untuk setiap satu peristiwa di dunia ini.. Iraq?? Palestine?? U tell me.. tapi satu pun tak berhasil.. ke saya yang tak nampak?

*thinking..*
------------------------------------
MARI KITA TENGOK SLOGAN.. *anyone can add their link/source, appreciate it*
------------------------------------



------------------------------------
Stop The Genocide of Muslim by Thailand
------------------------------------





------------------------------------
Thaksin = Bush ??
------------------------------------



2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum

saya setuju demo tidak mampu merubah keadaan, tp ia berfungsi besar untuk menyebarkan maklumat, menyedarkan org yg leka, memberitahu yg tidak tahu tentang ape yg berlaku. Anti war demo around the world, in UK alone we got 2 million ppl on the streets.and ppl realise that the war is not justified, and they realise that the one who hold the power decides everything. ia boleh memberi kesedaran pada yg hendak berfikir. We need to response, we need to make our presence felt, though it may not necessarily work. Who will voice our feeling if noy ourselves, and it is the space we know we can fit in. I have no inclination to be partisan, but i believe the Muslims should use every opportunity to spread our words.by the way this is my first time here, bravo and Allah the most gracious has bless u all to work for Him, a spirit too expensive one cannot pay a million to get it.only those with His blessing and guidance can attain the spirit as yours.congratulation. wassalam

famaq-kudus

8:31 AM  
Blogger sarah said...

w'salam famaq-kudus..

Pertama-tamanya, terima kasih kerana berkunjung ke blog ini.

Kedua, saya baru sedar yang demonstrasi itu bisa mengundang kemarahan orang ramai.. dan seterusnya mendidik orang ramai kenapa dan mengapa demonstrasi itu diadakan. Seterusnya, orang awam sendiri yang akan menentukan, adakah wajar atau tidak demonstrasi itu diadakan. (as u said)

Jika demonstrasi itu diadakan pada waktu yang tepat (seperti sekarang, menjelang pilihanraya Thailand 2005) maka ia bisa mengundang perubahan corak undi dikalangan rakyat Thailand. Seperti juga yang berhasil di Amerika, saya yakin disebabkan hebahan maklumat yang berpanjangan sejak Perang di Iraq, maka hasilnya negara itu 'terbahagi dua'.

Tetapi, jika demonstrasi tidak dirancang dengan betul, dan partisipasi adalah terhad dari orang awam, maka ianya akan hanya menggambarkan sokongan kumpulan minoriti (bukan sokongan padu) seterusnya mengundang cemuhan dan kritikan negatif terhadap issue yang diperjuangkan.

Sometimes, issue nya bagus, tapi dengan bilangan participent yang kurang.. maka it will only make ppl lough at U.. *think*

¬we just have to educate people on this issue :p

10:42 AM  

Post a Comment

<< Home