Monday, October 11, 2004

Mengenang Peristiwa Ramadhan : Perang Badar

PEPERANGAN BADAR.

Firman Allah swt didalam Al-Quran:
Yang bermaksud:


  • "Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya". (Ali Imran:123)

  • Perang Badar merupakan "purnama" dalam sejarah kemanusiaan yang menerangi jalan para penempuh jalan.

  • Perang Badar merupakan "purnama" yang bersinar dilangit dan diraikan oleh para malaikat. Para malikat yang ikut serta dalam peperangan ini menjadi para malaikat yang paling utama.

  • Perang Badar juga mereupakan "purnama" dibumi dan dikalangan penduduknya. Orang-orang yang ikut serta benar-benar menjadi purnama yang cahayanya menerangi seluruh isi kehidupan mereka.

  • Perang Badar merupakan "purnama" yang menjadi garis pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Juga menjadi mahkota kebanggaan diatas setiap pahlawan yang ikut serta berjuang didalamnya, dan didalam masyarakat Islam tidak ada seorang pun yang dapat mengungguli keutamaan para mujahidin Badar.
    ----------

PERANG BADAR KUBRA 17 RAMADHAN TAHUN KEDUA HIJRAH.


(Sebab Terjadinya Peperangan dan sasarannya)

Sesungguhnya antara Rasulullah saw dan puak Quraisy sedang dalam keadaan perang sejak hari pertama Nabi saw melakukan hijrah ke Madinah. Dalam keadaan perang harta dan darah musuh adalah dihalalkan. Apalagi jika kita ketahui bahawa sebahagian harta yang ada didalam kafilah-kafilah dagang Quraisy itu milikkaum Muhajirin dari kalangan kaum Muslimin Mekah. Harta itu dikuasai kaum Musyrikin Mekah secara aniaya dan tidak sah. Sejak lama pemusuhan antara kaum Muslimin dan Musyrikin berlangsung, kaum Musyrikin sentiasa berusaha untuk memusuhi dan menghalangi tersiarnya Islam dengan pelbagai cara. Mereka menghamburkan harta yang banyak demi untuk memenuhi hasrat mereka dan untuk tujuan melemahkan potensi kaum Muslimin. Mereka juga tidak putus-putus menyeksa dan mengadakan gangguan serangan di perbatasan kota Madinah.


Pada hari ke 12 bulan Ramadhan tahun ke2 hijrah Rasulullah saw mengetahui bahawa kafilah dagang Quraisy datang dari Syam, lalu Rasulullah saw bersabda kepada kaum Muslimin yang ada disisinya. "Ini adalah kafilah dagang Quraisy yang membawa harta kekayaan mereka. Keluarlah kepadanya, mudah-mudahan Allah menjadikannya sebagai pampasan bagi kalian."


Perlu disebutkan bahawa kafilah ini tidak seperti kafilah-kafilah yang lain. Bila menguasainya maka akan mematikan bagi perekonomian Quraisy. Keran didalam kafilah dagang ini terdapat 1000 ekor unta dan 50,000 dinar emas. Kaum Musyrikin mengungkapkan tentang bahaya penguasaan terhadap kafilah ini dengan perkataan mereka: "jika Muhammad berhasil menguasainya maka kalian tidak akan berjaya selamanya".


Perang Badar merupakan peperangan bersenjata yang pertama kali berlaku diantara pembela kebenaran dan pendukung kebatilan. Keran didalam pertempuran inilah ditentukan nasib kaum Mu’minin dan Musyrikin. Sehinggan Nabi saw bermunajat dengan doa agar Allah memberikan kemenangan yang besar kepada kaum Muslimin.


Orang yang pernah membaca sirah Nabi saw didalam perang Badar dan semua perang yang pernah dilakukannya, pasti akan mengetahui betapa besar perhatian Nabi saw terhadap langkah dan pelbagai tektik peperangan dan analisis terhadap pergerakan musuh. Oleh sebab inilah Rasulullah menghantar sebilangan kecil pasukannya untuk mengintai pasukan musuh. Pada kebiasaannya sebelum keberangkatan pasukan perang, Rasulullah saw akan mengutus satu pasukan kecil untuk menjelajah wilayah dihadapannya, sebagai langkah terhadap serangan hendap dan sebagai langkah berjaga-jaga.


Ketika Nabi saw mendengar berita mengenai kemaraan tentera Quraisy dibawah pimpinan Abu Sufian, Nabi berbincang dengan para sahabatnya, baginda ingin mengetahui bagaimanakah sambutan kaum Ansar terhadap gagasan baginda untuk membela Nabi di negeri mereka.

Sewaktu hendak berangkat dari kota Madinah baginda mengajukan adakah kaum Muhajirin berkesanggupan untuk berperang. Baginda mengulanginya sehingga 3 kali untuk mengetahui pendapat mereka. Kaum Muhajirin bersetuju dan sanggup bersama-sama Nabi menghadapi musuh Islam didalam peperangan ini, setelah melihat persetujuan kaum Muhajirin, kaum Ansar baru mengerti bahawa pertanyaan Nabi ini sebenarnya ditujukan kepada kaum Ansar.

Lantas Saad bin Muaz bangkit dan berkata: "Ya Rasulullah, seolah-olah engkau mengkehendaki kami. Mungkin engkau takut jika kaum Ansar tidak akan membelamu kecuali dinegeri mereka sahaja. Aku berbicara atas nama kaum Ansar dan aku menjawab atas nama mereka. Pergilah kemana saja sesukamu, sambunglah tali persahabatan yang engkau senangi dan putuskan tali yang engkau senangi. Ambillah dari harta kami sesukamu dan berikan kepada sesiapa sesuka hatimu. Apa yang engkau ambil dari harta kami itu lebuh kami senangi daripada engkau sisakan. Segala perintahmu akan kami laksanakan. Demi Allah jika engkau berjalan sampai Brakal Ghamad (Yaman) pasti kami akan berjalan bersamamu dan jika engkau mengajak kami untuk mengharungio lautan ini pasti kami akan mengharunginya bersamamu pula".


Berkata pula Miqdad ibnul Aswad sebagai sambutan selepas Saad bin Muaz: "Kami tidak akan mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh kaum Musa kepada Musa: "Pergilah engkau beserta Tuhanmu dan berperanglah engkau berdua dan kami akan duduk disini". Tetapi kami…..akan berperang disisimu kanan, kiri, depan dan belakangmu."


Ketika Nabi saw mendengar penyataan para sahabatnya baginda bergembira dan baginda berkata sambil muka yang berseri-seri: "Berangkatlah kalian dan bergembiralah kalian".

Artikel penuh.. klik sini..






----------------------------------------

Komen: Apa yang menarik dalam peperangan ini bagi saya ialah kerjasama yang ditunjukkan oleh kedua-dua kaum muhajirin dan ansar,semangat mereka serta kesediaan untuk berkorban yang ditunjukkan oleh kedua-dua kaum ini.. dan bagaimana Nabi 'hint' kaum ansar, ini pun agak menarik. Ekoran dari kesediaan kedua-dua Muhajirin dan ansar untuk berjuang habis-habisan, Nabi jadi gembira, seterusnya Nabi sendiri yakin akan memenangi peperangan ini.. *hmm.. menggembirakan hati seseorang itu sudah menjadi suatu kegembiraan buat orang lain.. apatah lagi menggembirakan hati Muhammad S.A.W..

* 1 Badar.. 2 Uhud.. 3 Khandaq.. 4 Hudaibiyyah.. 5 Tabuk.. 6 Yarmuk.. **smile** *


0 Comments:

Post a Comment

<< Home