Friday, November 19, 2004

lakaran 20 tahun akan datang.. promise?





jutaan terima kasih buat saudara wanzu atas lakaran yang baik sekali. Semoga usaha nta dalam bidang komik di berkati ALlah s.w.t.

Lakaran ini berdasarkan Novel (Novel ke?) karya Faisal Tehrani @ berdasarkan komen akh Faiz pada bulan September lalu. Click sini

Salam Lebaran, Salam Eid dan Salam ampun dan maaf dari saya insan hina, yang sedang berusaha menjadi lebih baik insha ALlah.. ke mana harus saya mengadu.. rasa resah di hati.. melainkan pada Tuhan yang Esa.. seterusnya kepada teman seangkatan.. Semoga luahan yang pedih tidak disalah artikan.. semuanya lahir dari seorang insan biasa, yang lumrahnya melakukan kesalahan.. yang tabiatnya bertaubat dan memohon keampunan.. semoga persahabatan kita.. persahabatan yang tidak memandang darjat dan rupa.. dan bertaut hanya dan hanya keranaNya.. Berdiri lah wahai ummat Islam.. bersatulah dalam Iman dan Islam.. sama-samalah kita saling sandar-bersandar.. teguh-memperteguh.. membuang jauh-jauh rasa sangsi dalam diri, dan meletak redha Ilahi sebagai cita-cita tertinggi.. ayuh bangkit.. ayuh berdoa agar ditetapkan hati.. ayuh sahabat.. terus-terusan memperingatkan sahabat yang lain.. jangan dibiar binaan yang dibina runtuh sebegitu sahaja.. sesungguhnya peringatan itu bermanfaat terutama bagi orang2 yang beriman.. Moga kekal istiqomah.. ameen..



0 Comments:

Post a Comment

<< Home