Tuesday, November 02, 2004

Jika 6 Ekor Paus Mati

Jika 6 Ekor Paus Mati ..



6 Ikan Paus Mati

BANGKOK, 27 Nov - Di selatan perairan Thailand, 6 ikan paus dijumpai mati terdampar di Laut China Selatan tersebut. Empat dari ikan paus tersebut dijumpai dengan kesan kesan tembakan, manakala lagi dua ekor ikan paus disyaki turut terkorban disebabkan tidak dapat bernafas di perairan yang cetek ketika cuba membantu rakan mereka melawan penembak penembak yang kejam.

Pemimpin dari seluruh dunia mengutuk dengan keras terhadap apa yang berlaku. Setiausaha PBB, Kofi Annan menyifatkannya sebagai satu titik hitam dalam sejarah dunia. Presiden Bush mengatakan bahawa beliau tidak boleh percaya wujud manusia yang tergamak untuk melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini. Menurut beliau, membunuh sebanyak enam ekor ikan paus sekaligus adalah satu dosa yang tidak dapat dimaafkan.

Reaksi dari negara jiran Malaysia, Perdana Menterinya Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya dan menangis dalam ucapan beliau ketika diminta komen mengenai kejadian ini. Beliau menyatakan kesediaannya untuk menghantar tentera Malaysia bagi membantu mengawal perairan pantai Thailand agar tiada paus yang terbunuh lagi.

Perdana Menteri Thaksin mengatakan bahawa ini merupakan satu tragedi kejam yang menyayat hati seluruh rakyat Thailand. 2 jam selepas kejadian, beliau telah bertindak dengan menubuhkan Suruhanjaya Khas bagi menyiasat punca kejadian malah berikrar untuk menghukum mereka yang terlibat. Beliau meneruskan bahawa kerajaan Thailand tidak akan teragak-agak untuk mengenakan hukuman mati kepada pesalah.


Berita lainnya ..
84 Orang Muslim Terkorban di Selatan Thailand









Reaksi dari PM Thailand:

"Thai Prime Minister Thaksin Shinawatra then defended the actions of his security forces and refused to heed a UN call for a probe into the matter. The premier, who rushed to the scene of this week's violence before returning to Bangkok late on Monday, insisted the crackdown was justified."

Komen dari kerajaan Malaysia:

Following yesterday's violence Malaysia expressed concern over the latest clash in its northern neighbour. "The flare up in southern Thailand is a matter of concern to us," Foreign Minister Sayyid Hamid Albar said on Tuesday. "Thailand is a close neighbour. Any incidents will be watched closely here."

* Adakah darah seorang muslim akan menjadi lebih murah dari seekor paus?

2 Comments:

Blogger sarah said...

haha.. lawaknyer..
*serious.. betulke citer ikan paus tu? :p

8:28 AM  
Blogger Faiz said...

it's just make-up story that is sadly nevertheless true ..

7:07 PM  

Post a Comment

<< Home