Monday, September 27, 2004

Kombat 15511H: Sebuah Novel Jihad





Kombat 1511H : Sebuah Novel Jihad

Sebagai merapatkan lagi titian antara penulis dan peminat sastera Malaysia-Indonesia, saya merekemendasi sebuah novel Malaysia karangan saudara Faisal Tehrani. Ia telah memenangi Hadiah Sastera Utusan-Exxon Mobil 2003.

Kombat 1511H adalah sebuah novel jihad, dengan kata lain ia membisikkan keinginan tersembunyi anak-anak muda Malaysia mengenai semangat pembebasan Palestin yang membara. Secara personal, ana rasakan tulisan ini bagus sekali untuk tujuan dakwah. Ia boleh digunakan untuk menanamkan semangat jihad bagi mereka yang beru berjinak-jinak dalam perihal dakwah dan tarbiyyah.

Cara pendekatannya cocok sekali dengan tidak melekapi pendekatan penerangan yang berjela-jela atau khutbah yang serius, sebaliknya dengan pembacaan santai dan ceritera.

Berikut sinopsis dari buku tersebut:

"Pada tahun 2087 M, Presiden Amerika Syarikat, Richard Nosirname mengisytiharkan perang ke atas Gabungan Tentera Pemuda Islam pimpinan Jeneral Syarifah Nusaybah. Dalam tempoh yang singkat kemudiannya tentera bersekutu pimpinan Amerika telah menceroboh wilayah paling suci umat Islam dengan alasan memerangi para militan dan teroris.

Jeneral Syarifah Nusaybah yang baru sahaja merekrut komander kesebelas dari hadas Nusantara iaitu Komander Muhammad Ameen meminta 11 ahli sidang komandernya bersiap sedia untuk menghadapi kombat paling sengit dalam sejarah kemanusiaan. Perang meletus dengan penggunaan teknologi masa hadapan di luar jangkaan.

Tentera cyborg bertempur dengan berani, Sarcos diaktifkan, pesawat Mikraj yang canggih terbang di udara Washington, bio-bots lipas mengepak gagah di ruang udara Moscow, pancaran laser bersimpang siur di langit Amerika Syarikat adalah antara gambaran perang yang tidak terfikirkan.

Apakah yang sebenarnya berlaku dalam tahun 2087M bersamaan 1511H itu? Berjayakah sidang komander Gabungan Tentera Pemuda Islam mempertahankan kota-kota suci Islam dari jatuh ke tangan musuh? Apakah nasib yang bakal menimpa pahlawan-pahlawan Islam masa hadapan ini?

Dapatkan segera novel kombat dalam dunia nanar perang hari ini! "

0 Comments:

Post a Comment

<< Home