Bicara Tentang Wanita..
Siri Wanita dan Perjuangan Islam
Assalamualaykum sahabat-sahabat yang dikasihi ALlah ta'ala..
kini, kita kembali lagi.. mengenang dan mengenal asal-usul kita.. mudah-mudahan seerah rasul yang kita baca, sedikit sebanyak mengajar kita.. apa erti hidup, mengapa kita hidup, dan apa tujuan kita.
Seerah rasul juga mengingatkan kita, agar mencontohi Rasul junjungan kita, seterusnya sahabat2nya..
Teruskan bersama kami ya!
*******************************
Umm 'Umara @ Nasiba/ Nusayba @ daughter of Kaab
Siapakah Nusayba? Nusayba bukanlah satu nama asing dalam sejarah Tokoh Wanita ISlam. Nusayba telah banyak berkorban untuk Islam. Antara peperangan yang disertainya ialah Perang Uhud, Hudaybiyya, Khaybar, Hunayn, dan peperangan Yamamah. Tetapi, jasanya paling diingati ketika peperangan Uhud.
Dalam perang Uhud, Nusayba turun bersama-sama suaminya Ghaziya dan dua anak lelakinya. Sebetulnya, tugas yang diberikan kepada Nusayba ialah untuk memberi minum pejuang muslim yang cedera, tetapi.. rupa-rupanya, ALlah telah merencana tugas yang lebih besar buat Nusayba..
Apakah rencana itu?
Awal-awal lagi, Nusayba keluar bersama keluarganya ke medan jihad. Nusayba membawa bersama bekas air, sesuai dengan tugasnya merawat pejuang yang sakit. Ketika kemenangan awal kaum muslimin, Nusayba ada berangkat ke tempat (kubu) Rasul untuk melihat sendiri kondisinya. Tetapi, kemenangan itu tidak lama. Kaum muslimin membuat kesilapan besar ketika berlari turun ke bukit, mendapatkan harta rampasan yang ditinggalkan Kaum Quraysh, yang ketika itu berlari-larian, ketakutan meninggalkan medan jihad. Perkara ini berlawanan dengan perintah Nabi, yang mengarahkan mereka kekal di posisi memanah di atas bukit.
Khalid bin Walid, (yang ketika itu belum memeluk agama Islam), segera mengubah taktik peperangannya. Khalid segera menyerang hendap kaum muslimin dan kemenangan bertukar tangan kepada Quraish. Melihat perubahan ini, kaum muslimin panik dan melarikan diri dari medan jihad, meninggalkan Muhammad SAW dan beberapa orang sahabatnya. Dan dikalangan teman yang sedikit itu, berdiri lah tokoh kita Umm ‘Umara.
Apabila melihat kekalutan yang menimpa pihak Muslimin; Umm ‘Umara, suaminya dan 2 anaknya, berlari-lari ke arah Nabi Muhammad SAW, dan mengambil senjata yang ada bagi melindungi junjungan kita Muhammad SAW.
Muhammad yang ternampak Nusayba tanpa sebarang baju perang, tanpa sebarang perlindungan, segera mengarahkan kepada askar-askar yang sedang berlari, berundur meninggalkan medan jihad.
"Berilah pelindung kamu (shield), kepada mereka yang berjuang bersama-samaku".
Setelah diberikan baju tersebut, Umm ‘Umara terus bangkit berjuang habis-habisan,menggunakan panah dan pedang untuk mempertahankan kekasih ALlah Muhammad SAW. Bahkan, ketika beliau diserang tentera berkuda Quraish, beliau tidak berundur dan tidak berasa takut. Nusayba juga dengan lantang bersuara
"Kalaulah kamu semua (Quraish) berperang seperti kami (on foot, sebab Quraisy menggunakan kuda) pasti kami kerjakan kamu sehabis-habisnya, biizniLLah"
Anak terunanya, Abdullah ibn Zayed, cedera dalam perang tersebut. Lukanya parah, darah pekat banyak mengalir. Umm ‘Umara, berlari-lari kepadanya, dan merawatinya. Selepas itu, Umm ‘Umara dengan tegas berkata,
"Bangunlah kamu! Pergilah melawan mereka (Quraish)!"
(* hmm.. begitulah bersemangatnya seorang ibu menyerahkan dan mengarahkan anaknya berjuang di jalan Allah)
Nabi Muhammad yang menyaksikan tingkah-laku nusayba mengagumi pengorbanannya dan berkata,
"Bahkan, siapakah yang dapat berbuat seperti kamu, Umm 'Umara!"
(*Wah! bagus kan? dikagumi Rasul!!)
Tiba-tiba, ditengah kekalutan itu, lelaki Quraish yang mencederakan anak Nusayba kelihatan. Terus, Muhammad SAW menjerit kepada Nusayba.
"Itulah lelaki yang mencederakan anakmu!"
Umm 'Umara, tanpa rasa takut, terus melangkah gagah dan menghayunkan pedang kepada kaki lelaki itu, sehingga terjatuh bertongkat lutut dan seterusnya mati terbunuh. Rasul yang melihat peristiwa itu tersenyum puas sehingga kelihatan barisan giginya yang mulia itu, sambil berkata
"Kamu sudah membalasnya, Umm ‘Umara. "
dan seterusnya berkata lagi
"Segala puji bagi ALlah yang memberikan kejayaan kepada kamu dan memuliakan kamu ke atas musuh mu dan memperlihatkan kejayaan itu dihadapanmu"
(bersambung, rujuk sini untuk artikel lengkap)
(nantikan peta perang Uhud dan gambar menarik Bukit Uhud)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home