Friday, November 26, 2004

Bicara Tentang Wanita (Nusayba)

Nusayba (sambungan)



- gambar terkini -



Ada suatu ketika dalam perang ini, dimana RasuluLlah berseorangan, maka Ibn Qumay'a dari bani Quraish mahu mengambilkesempatan ke atasnya. Lalu Ibn Qumay'a berlaung keras,

"Tunjukkan pada pada ku dimana Muhammad. Aku bersumpah takkan hidup selagi dia masih hidup."




pic taken from here



Mendengar jeritan itu, Mus'ab ibn 'Umayr bersama sahabat-sahabat lain, termasuk Nusaybah, segera kembali kepada Muhammad (yang ditinggalkan berseorangan). Nusaybah dengan berani dan tangkas menyerang Ibn Qumay'a, walaupun pada ketika itu Ibn Qumay'a memakai 2 lapisan baju kebal. Ibn Qumay'a sempat menghadiahkan hayunan pedang pada leher Nusayba, sehingga terkelarlahlehernya dengan luka yang parah.

Muhammad, junjungan kita, segera memanggil anaknya,

"Ibu mu! Ibu mu! Balut lukanya!"
"Semoga ALlah merahmati kamu, wahai penghuni rumah!Kedudukan ibumu ada lah lebih baik dari si fulan dan si fulan"

"Semoga ALlah mengasihani kamu, wahai penghuni rumah!Kedudukan ayah angkatmu adalah lebih baik dari si fulan dan si fulan"

"Semoga ALlah mengasihani kamu, wahai penghuni rumah!"

Nusaybah, melihatkan redhanya Muhammad SallaLlahu 'alaihi wassalam atas usahanya dan ketangkasannya ketika itu, segera memohon kepada Muhammad kekasih kita,

"Pintalah kepada ALlah, supaya kami dijadikan teman-temanmu di Syurga!"

Berkatalah Muhammad yang mulia,

"Ya ALlah, jadikanlah mereka teman-teman ku di Syurga."

Maka, terkabullah segala harapan dan cita-cita Nusaybah. Berkatalah ia,

"Aku tidak peduli lagi derita-derita ku di dunia!"
--------------------
Hari itu sahaja, Umm 'Umara menerima 13 luka-luka dan beliau terpaksa dirawat selama setahun akibat kelaran di lehernya. Dalam peperangan Yamamah pula, 11 luka-luka bertebaran di seluruh tubuh dan beliau kehilangan sebelah tangannya.
Keberaniannya telah mengangkat darjatnya disisi sahabat-sahabat Rasulullah yang lain, terutama para khalifah, yang selalu menziarahinya dan prihatin terhadap kondisinya.

Pernah suatu ketika, 'Umar bin Khattab (r.a) dihadiahkan sepasang pakaian sutera dari jenis yang amat bagus. Berkatalah sahabat Umar,

"Kain ini berharga sekian sekian (menunjukkan ianya amat mahal). Seharusnya dihadiahkan kepada isteri Abdulah ibn 'Umar,Safiyya Bint Abi 'Ubayd"

Umar walaubagaimanapun, tidak berkeinginan menantunya memakai pakaian dari kain yang mahal.

"Hadiah ini adalah dari jenis barangan yang tidak akan ku hadiahkan kepada Ibn Umar. Aku akan hadiahkan kepada seseorangyang lebih layak dari menantu ku. Dia ialah Umm 'Umara Nusayba bint Kaab. Ketika perang Uhud, aku mendengar RAsulullah SallaLlahu'alaihi wasallam berkata,

"aku melihat dia berperang, sewaktu ku berpaling ke kanan dan kiri"
(bermaksud, Rasul saw her, on his right and left, fighting for him")

Itu lah kisah hidup Umm 'Umara, pejuang wanita yang berdiri gagah ketika ramai yang melarikan diri dari medan jihad.
Wanita yang menghantar anaknya yang cedera.. bukan ke rumah mereka, tapi pulang ke medan peperangan semula.
Wanita yang sanggup mati kerana junjungan kita Muhammad SAW.
Dan merupakan wanita yang didoakan Rasul agar menjadi dikalangan temannya disyurga.


(*Semoga kita pun begitu juga ya!)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home