Friday, December 17, 2004

Mari Saksikan Perlawanan Bola!!




Mari Saksikan Perlawanan Bola!!



SAKSIKAN!

Saksikan!
Siaran langsung sedang ke udara
Menyaksikan perlawanan berasak hebat
Mengelecek,mengejar,menendang bola
Lantas bola melantun, terperosok
Terpelanting!

Saksikan!
Islam disepak, diterajang
Diburu geram membara
Dipermain, dipijak bagai bangkai
Sucinya dinoda, dilumur lumpur
Tercemar!

Saksikan!
Lagak penonton
Memerhati tekun dari jauh
Diam, memekik, melolong
Yang marah menggenggam penumbuk
Yang kecewa hanya merintih
Simpati!

Saksikan!
Pertarungan tak bermaruah
Tapi bersejarah
Dipapar seluruh dunia
Tersiar di cermin kaca
Tatapan percuma
Buat peminat di peraduan
Santai!




Saksikan!
Tandukan Yahudi mengena
Bola ditendang menghampiri gawang
Mengumpan seteru menyerbu jaring
Terpamer rapuh strategi
Jurulatih Sharon tersenyum puas
Syabas!

Saksikan!
Amerika mabuk memijak `pengganas`
Amaran OIC, PBB terbias jauh
Jerit,pekik, rintih penyokong
tidak dihirau lagi
Ditendang lagi penalti percuma
Menambah tiket ancaman nyawa
Derita lagi!

Saksikan!
Pemain Bush tangkas menyerang
Hampir musnah kubu pertahanan
Lelah tercungap pembela Islam
Akhirnya tumbang
Satu-persatu!
Syahid!

Saksikan!
Pejuang sejati bangkit lagi
Gagah pertahan maruah Islam
Rembatan kecundang dilepas Israel
Serong ke tepi menggegar palang
Menggamat sorakan
Haru biru!

Saksikan!
Pengadil keamanan ditempelak lewa
Amaran tidak diendah lagi
Bola digomol sesuka hati
Akhirnya akur membolosi jaring
Gol! Gol!
Teriakan kemenangan kuffar bergema
Namun..
Tak bisa membenam semangat juang
Bangkit!

Saksikan!
Masa masih berbaki
Perlawanan makin sengit
Tentera kuffar makin ghairah
Mengekal reputasi gah
Membawa misi menghancur Islam

Saksikan!
Penganut Islam seluruh dunia
Hanya terpinga-pinga
Kaku!
Keliru!
Hanya menyaksikan!

Azzahra Safiah
15 December 2004
(hak cipta terpelihara)

************************

Anda Masih Mahu Menyaksikan?

Saksikanlah dengan mata anda sendiri,

sila click


fallujah in picture

Lain-lain


islam-4-Real


** to be or going to be **

0 Comments:

Post a Comment

<< Home