Friday, September 17, 2004

semuanya bermula dengan SATU langkah..


bismillah walhamdulillah..

'Segalanya bermula dengan SATU langkah'

Membina site ini bermula dengan SATU langkah ..
Bermulanya perkenalan antara kita juga bermula dengan SATU langkah..
Bahkan mengenal Islam juga bermula dengan SATU langkah..
..jika bukan dari kita.. dari ibu bapa kita.. bahkan nenek moyang kita lagi..

Jadi, jangan takut memulakan langkah yang SATU.. meski langkah itu berat.. meski langkah itu payah.. pahit.. dan menyakitkan..

Tegarkan lah dirimu.. kelak dikau akan mengerti.. erti Langkah itu..
--------------------------------------

Langkah lah kepada Tuhan yang satu..
Langkah lah dalam barisan yang padu..
Langkah lah dengan seribu harapan..
Langkah lah wahai hamba Allah..
Langkah lah wahai pejuang Allah..
Langkah lah wahai makhluk Allah..
Langkah lah..

Langkah lah menuju pintu taubat..
Langkah lah menuju Penghulu Umat..
Langkah lah..

Langkah lah beriringan dengan buliran air mata..
Langkah lah meninggalkan titik hitam..
Biarlah diri menjadi saksi..
Bahawa maksiat bukan teman lagi..
Langkah lah..
Langkah lah..
dan terus melangkah..

Segala-galanya mungkin..
Ketuklah pintu rahmat ALlah..
Walau diri kita hina..
Walau diri busuk dengan dosa..
Walau diri terlalu jauh dari pahala..
Ingatlah..
Pintu Taubat itu masih terbuka..
..dan sering terbuka..
Kasih ALlah itu dalam..
Dalam dari kasihnya ibu..
Pulanglah ke pangkuan Tuhanmu..
Pulanglah..

Pulanglah..

- menyeru diri agar pulang ke jalan ALlah.. Moga Ramadhan mengundang seribu langkah.. Ameen -


0 Comments:

Post a Comment

<< Home