Friday, May 26, 2006

Kejutan Ahmadinejad Sepanjang May 2006

Ahmadinejad,
Tidak cukup dengan gertakan terhadap Israel.

Sebulan yang lalu memperlihatkan siapa Ahmadinejad yang sebenar.

a. 8 May 2006 - Iran menghantar surat pertamanya kepada Amerika Syarikat melalui kedutaan Swiss di Tehran. Surat ini merupakan surat pertama sejak Revolusi 1979, dimana Iran menahan tawanan AS.

Langkah yang dibuat ini sedikit sebanyak mempengaruhi harga minyak dunia dimana harga minyak jatuh kepada USD68.50 daripada harga dua minggu sebelumnya iaitu USD75.

Presiden Ahmadinejad menutup suratnya dengan mengimbau agar Bush kembali ke agama.

"Kita melihat semakin banyak orang di seluruh dunia yang mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Kuasa."

"Pertanyaan saya kepada anda dalah, 'Apakah anda ingin mendekatkan diri kepada Tuhan?'"


komen: Mengikut pengamatan saya, harga minyak naik kerana Iran sebagai pengeksport kedua terbesar OPEC dikhuatiri akan dikenakan tindakan oleh Security Council UN akibat daripada project nuclear nya. Jadi, apabila Iran mula mengambil langkah positif dengan menulis surat kepada US, Traders melihat ia sebagai satu langkah bijak dan mungkin menyelamatkan keadaan. Kita melihat harga naik sejak kebelakangan ini kerana Traders takut supply minyak akan berkurangan jika Iran 'diperang', tetapi dengan langkah bijak ini, Traders semakin yakin supply cukup. Jadi harga mulai turun dan stabil.

b. Euro menggantikan USD July ini (Jumaat 26 May)

Ahmadinejad berani lagi.
Itu sahaja yang dapat saya komen apabila dia mengumumkan bahawa Iran akan mula mengeksport minyak dalam Euro bagi menggantikan matawang USD bermula Julai ini.
Perkara ini merupakan satu langkah besar mencabar US, yang kuat menentang Iran dalam program nuklearnya.

Ketika ini semua yang menyertai New York Mercantile Exchange dan London's International Petroleum Exchange meniagakan (trade) dalam matawang USD.

Langkah ini menyebabkan harga dollar jatuh berbanding Euro.

(bersambung)